Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

SpiceJet India Muncul Pembeli...

KUALA LUMPUR - Boeing dan SpiceJet hari ini mengumumkan komitmen tempahan sehingga 205...

UMNO Komited Bantu Rakyat...

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan UMNO kini...

Pelaburan KWAP Dalam 1MDB...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Kumpulan Wang Amanah Persaraan...

Adakah Program Pemberian E-Kad...

KUALA LUMPUR - Program pemberian kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) kepada pendatang...

Daripada Itik Hodoh Kini Menjadi Angsa Cantik

DULU giginya boleh dikatakan `bersepah’ tetapi kini, selepas menjalani pembedahan bagi membetulkan semula gigi terbabit, Ellie Jones, 20, telah bertukar menjadi seorang gadis yang cantik dan kini berazam untuk menyertai pertandingan ratu cantik Miss Wales.

Jika dulu digelar sebagai `itik hodoh’ kini Ellie menjadi angsa cantik selepas menjalani pembedahan di bahagian rahang untuk membetulkan giginya pada usia 16 tahun.

Pembedahan itu disifatkan Ellie sebagai menyakitkan hingga menyebabkan dia tidak boleh bercakap. Dia juga terpaksa mengamalkan diet cecair selama sebulan dan hanya berkomunikasi dengan menggunakan komputer riba.

“Saya juga sukar bertutur disebabkan mulut saya bengkak selepas pembedahan. Ia mengambil masa selama enam bulan untuk keadaan menjadi seperti biasa semula,’’ katanya.

Kini, Ellie berazam menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan dan mengubah dirinya daripada pemalu kepada seorang gadis yang berani.


Sementara itu, ibunya, Emma Woolley berkata, pembedahan yang dijalankan itu bukan sahaja mengubah Ellie malah cara dia melihat dirinya sendiri turut berubah.

“Tahap keyakinannya meningkat dan dia menjadi seorang gadis yang cantik,’’ katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori