Dari Mana Asal Soto?

SOTO bukan sepenuhnya berasal dari Indonesia.

Ia sebenarnya adalah hasil percampuran budaya makan masyarakat Cina dan peribumi di sana.

Sebutan soto didakwa berasal dari perkataan Hokien.

Pada asalnya ia menggunakan daging khinzir ketika mula diperkenalkan pada kurun ke 19.

Namun, dengan majoriti penduduk Indonesia beragama Islam, sajian utama diubah kepada daging lembu, ayam, kerbau dan lain-lain makanan halal yang bersesuaian.

Satu lagi ciri masakan masyarakat Cina yang nyata dalam soto ialah penggunaan mi soun.

Pengaruh Indonesia yang nyata pula ialah penggunaan rempah tempatan di dalam masakan itu. – Mynewshub.TV

Sumber: Faustina Prima Aksara