Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bayaran Sewa PPR Dikecualikan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memanjangkan pengecualian pembayaran sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR)...

PeKa B40 Saling Melengkapi...

SKIM Peduli Kesihatan (PeKa B40) merangkumi inisiatif pemeriksaan kesihatan percuma khusus untuk penerima...

Pahang Jumpa Kedah Pada...

SHAH ALAM - Juara bertahan, Pahang mengesahkan slot ke separuh akhir Piala Malaysia...

Gesa Siasat Semula Kematian...

KUALA LUMPUR: Pejuanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meminta polis supaya membuka semula kertas...

Dapur Sebuah Rumah Rosak Akibat Tanah Runtuh

SEREMBAN – Hujan lebat sejak petang semalam, mengakibatkan kejadian tanah runtuh hingga bahagian dapur sebuah rumah rosak, di Kampung Kuala Talang, Kuala Pilah dekat sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 10.35 malam dan sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pukul 10.51 malam.

“Runtuhan berlaku di tebing bahagian belakang rumah itu kira-kira 10 malam akibat pergerakan tanah berikutan kedudukan rumah itu di kawasan yang sedikit tinggi. Terdapat tiga deretan rumah di kawasan itu dan hanya sebuah rumah sahaja yang terjejas.

“Semasa kejadian, tiada orang di rumah dan penghuni rumah hanya sedar kejadian itu selepas pulang ke rumah dan melihat bahagian dapur rumahnya telah rosak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

“Tetapi penghuni dari ketiga-tiga buah rumah berkenaan, diarahkan berpindah sebagai langkah keselamatan dan kita tidak tolak kemungkinan akan berlaku runtuhan susulan,” katanya. – BERNAMA

Kategori