Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Saya Ikhlas Nak Serahkan...

Kuala Lumpur: "Saya ikhlas dan kalau boleh nak serahkan segera motosikal pada dia...

PDRM Perketat SJR Menjelang...

MELAKA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap individu yang dikesan...

Pemilik Kedai Makan Rugi...

TAIPING - Seorang pemilik kedai makan kerugian kira-kira RM10,000 apabila sebahagian dapur dan...

Lima Entiti Perumahan Ditempatkan...

KUALA LUMPUR - Lima entiti perumahan telah dikenal pasti untuk ditempatkan di bawah...

DAP Tidak Takut Tinggalkan Gabungan PH

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan parti itu tidak teragak-agak untuk meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan pada hari ini sekiranya objektif Malaysia baharu yang dilaungkan mereka dipinggirkan.

Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu lagi, komitmen itu yang membezakan parti tersebut dengan MCA yang disifatkan beliau sebagai ‘lembik’ semasa berada dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

“Pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan akan memainkan peranan penting untuk membina Malaysia baharu dan menyelamatkannya daripada menjadi demokrasi memalukan, kakistokrasi, negara gagal dan kleptokrasi global.

“Sama ada dalam kerajaan atau luar, tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan gabungan pakatan kerajaan sekiranya objektif Malaysia baharu di abaikan,” katanya menerusi catatan terbaharu dalam laman blognya, blog.limkitsiang.com hari ini. – UTUSAN ONLINE

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP
  • PH

Kategori