Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sebuah Lagi Bot Bawa...

BANGKOK - Sebuah lagi bot membawa pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada kekejaman...

Pergerakan Dari Semenanjung Ke...

KUALA LUMPUR - Pergerakan dari Semenanjung ke Sabah serta Sarawak, dan sebaliknya, adalah...

Anugerah Persamaan Gender Jadi...

DUBAI - Anugerah persamaan gender yang diadakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dianggap...

Penampilan Selekeh Bakal Raja...

PENAMPILAN bakal pewaris takhta Thailand, Putera Maha Vajiralongkorn dikritik kerana berpakaian selekeh, tidak...

DAP Tak Mampu Rekrut 100 Cybertrooper Baharu – Tony Pua

KUALA LUMPUR – Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee hari ini menafikan dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa parti itu sedang merekrut 100 cybertrooper baharu.

Tony Pua sebaliknya berkata, pihaknya hanya mencari kakitangan tambahan sebagai penulis media sosial, seramai tiga hingga lima orang sahaja.

“Malangnya DAP tak mampu nak rekrut 100 orang cybertrooper. Jumlah jawatan yang ingin kita ambil hanya lebih kurang 3 hingga 5 orang sahaja.

“Takkan kita tak boleh bayar lebih kurang RM2,500 sehingga RM5,000 setiap bulan untuk setiap rekrut, tertakluk kepada pengalaman setiap orang pemohon.

“Kalau graduan baru kurang sikit, kalau yang sudah kerja 7 hingga 8 tahun takkan kita tak bayar lebih sikit. Gaji bukan masalah, yang salah ialah tuduhan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib kita nak rekrut 100 cybertrooper,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.

Semalam, Najib memuat naik posting di Facebook miliknya sekeping tangkap layar iklan pekerjaan sebagai penulis media sosial di laman Jobstreet yang diiklankan oleh ibu pejabat DAP.

Menerusi iklan itu, Najib mendakwa DAP sedang merekrut cybertrooper dengan gaji setinggi RM5,000 sebulan melalui JobStreet.

Dakwa Najib, sekiranya 100 orang, kosnya boleh mencecah RM500,000 sebulan atau RM6 juta setahun atau RM30 juta untuk satu penggal 5 tahun.


Dalam pada itu, Tony Pua mengucapkan terima kasih dengan nada sinis apabila posting Najib menyebabkan iklan itu mendapat sambutan hingga empat kali ganda permohonan.

“Saya ucap terima kasih kepada Najib kerana beri promosi kepada iklan kita dan jumlah permohonan meningkat empat kali ganda dalam masa sehari selepas dia bantu promosi iklan kita.

“Kerana itu juga kita ada lebih calon kepada DAP untuk dipilih,” katanya.

Tony juga menegaskan, pengambilan penulis media sosial ini sebenarnya bukan cybertrooper seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri itu.

“Apa kerja Cybertrooper ini? Kerja mereka hari-hari masuk laman Facebook Lim Guan Eng, Tony Pua, Teo Nie Ching dan mereka hentam salin dan tampal dalam komen untuk menjadikan setiap posting jadi negatif kepada kami.

“Mereka juga keluarkan berita palsu, berita menghasut, berita yang menyentuh perkara-perkara sensitif seperti agama dan bangsa untuk meraih undi kepada Barisan Nasional (BN),” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Kategori