Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Dua Maut, Lima Cedera...

PEKAN - Dua maut manakala lima cedera selepas kenderaan pelbagai guna dinaiki mereka...

Wong Tack Wakili Diri...

Bekas Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack bersedia mewakili dirinya dalam saman fitnah RM1...

‘Bersemut’… Aeril Hadiah Wawa...

KAMI pasti wanita di luar sana bersetuju bahawa pelakon Aeril Zafrel layak dinobatkan...

Bapa Timbalan Menteri Pendidikan...

NILAI - Bapa Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon meninggal dunia...

DAP Sudah Serah Surat Tunjuk Sebab Kepada Ronnie

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Disiplin DAP mengesahkan telah menyerahkan surat tunjuk sebab kepada Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, pihaknya kini hanya menunggu respons daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu.

“Prosesnya sekarang adalah memberi surat tunjuk sebab dan selepas itu dia akan balas dan selepas itu barulah kita buat keputusan.

“(Surat tunjuk sebab dah beri?) Sudah diberi dan kita menunggu respons darinya,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ketika ditanya adakah Setiausaha DAP Selangor itu diberi tempoh masa untuk membalas surat tersebut, Chieng Jen menegaskan pihaknya telah menetapkan satu tempoh untuk Ronnie.

“Ada tapi saya tidak mahu bincangkan perkara itu,” katanya.


Baru-baru ini, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke merujuk Ronnie kepada jawatankuasa disiplin parti itu berhubung kenyataannya bahawa Pakatan Harapan (PH) boleh membentuk kerajaan tanpa Bersatu.

Bahkan, Ronnie turut memberi amaran kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Bersatu sering membuat keputusan yang bercanggah dengan kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

Tindakan Anthony Loke disambut baik Armada di mana Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berterima kasih kepadanya kerana mengambil tindakan segera.

Kategori