Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

KKMM Mahu Capaian Internet...

KOTA KINABALU - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mahu menjadikan akses capaian internet...

2 Lelaki Menyamar Anggota...

PETALING JAYA - Dua suspek lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis ditahan...

Angka Kematian Coronavirus Melonjak...

SHANGHAI - Angka kematian akibat novel coronavirus melonjak kepada 1,016 orang di seluruh...

7 Merusuh Semasa Pemilihan...

SHAH ALAM – Polis menahan tujuh individu bagi bantu siasatan kejadian merusuh semasa...

DAP Serah Ke Kabinet Isu Tulisan Jawi, Seni Khat

SUBANG JAYA – DAP menyerahkan kepada Kabinet untuk membuat keputusan berhubung tulisan jawi dan seni khat di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang kini menjadi kontroveri.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, parti itu mempunyai pendirian terhadap perkara tersebut, namun kini hanya menunggu ia dibawa Kabinet untuk diputuskan.

“Semalam (malam tadi) kita adakan pertemuan (dengan pemimpin DAP dan ketua masyarakat) bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada semua yang hadir dari seluruh negara.

“Mereka menyatakan kerisauan terhadap perkara yang menjadi isu dan kita adakan perbincangan mengenainya dan kita cuba cari jalan penyelesaian bersama mengikut posisi masyarakat.

“Kita akan dapatkan maklum balas dari Kabinet. DAP mempunyai pendirian terhadap perkara itu dan kita hanya akan membawakan kepada Kabinet untuk buat keputusan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Penyiapan Serantau Helikopter Airbus dan Pusat Penghantaran (CDC) di sini hari ini.


Ketika ditanya cadangan Timbalan Presiden MCA, Dr. Mah Hang Soon semalam supaya  DAP memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar menarik balik cadangan tersebut, Anthony berkata, parti itu tidak akan mendengar sebarang cadangan yang dikemukakan oleh MCA.

Siew Fook menegaskan, DAP hanya akan mendengar apa yang diperkatakan oleh masyarakat tanpa melibatkan parti luar seperti MCA.

“Kita dengar apa yang masyarakat kata. Kita beri perkhidmatan kepada mereka dan bukan kepada MCA,” ujarnya.

Kategori