Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Piala AFF Suzuki: Malaysia...

SHAH ALAM - Malaysia kalah 2-1 kepada Vietnam pada aksi separuh akhir pertama...

Rahsia Penjual Rambut Palsu...

LONDON - Rahsia seorang wanita kulit hitam di Britain ini akhirnya terbongkar selepas...

Organisasi Jarakkan Diri Pada...

KUALA LUMPUR - Organisasi Ratu Cantik Malaysia (MUMO) mengambil pendirian menjarakkan diri dengan...

Sheikh Mohamed Dilantik Presiden...

ABU DHABI: Putera Mahkota Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, dinamakan sebagai Presiden Emiriah...

DAP, PH Jangan Pamerkan Dakyah ‘Bogeyman’

KOMPOSISI orang Melayu Islam dianggarkan sekitar 69 peratus daripada 33 juta penduduk di Malaysia. Jumlah yang besar ini harus disatukan terlebih dahulu dengan acuan Islam sebelum mengorak langkah membina peradaban baharu di negara ini. 

Dari segi politik pilihan raya, jumlah pengundi Melayu yang mengundi PAS dan UMNO dalam PRU-14 yang lalu adalah sekitar 70 peratus. 

Sekiranya jumlah ini digembleng secara positif, maka satu perubahan yang lebih baik akan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. 

PAS optimis penyatuan Melayu dengan acuan Islam mampu menstabilkan politik dan melonjakkan negara ke arah mercu yang lebih gemilang. 

Kekuatan politik Melayu juga akan menjadi benteng yang ampuh untuk mempertahankan tiang seri negara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan seperti Islam Agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Hak Keistimewaan orang Melayu dan bumiputera. 

PAS juga ingin menegaskan bahawa penyatuan Melayu dengan acuan Islam tidak sesekali mengabaikan kaum lain untuk menganut agama pilihan mereka, menuturkan bahasa ibunda mereka dan menafikan hak ekonomi mereka. 

Perkara ini jelas dijamin dalam peruntukan Perlembagaan dan tidak berubah. Penyatuan Melayu sebagai kaum majoriti mesti diposisikan dengan baik. Hal ini bukan hanya untuk kepentingan politik pilihan raya, tetapi untuk kesejahteraan kedaulatan negara. 

PAS mahu mengingatkan DAP dan Pakatan Harapan supaya tidak mempamerkan dakyah ‘bogeyman’ dengan melabelkan penyatuan ummah sebagai klepto-teokrasi, talibanisme, rasisme dan ekstremisme. 


Walhal, pada masa yang sama DAP begitu rancak mempromosi ‘The Kingdom of God’ dan ‘The Jesus Manifesto’ seperti yang diungkapkan oleh YB Steven Sim Chee Keong (Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Bukit Mertajam – DAP) dalam forum Naratif Malaysia Baharu yang diadakan di Kota Damansara, 14 September lalu. 

Apa yang diperjuangkan oleh PAS dan UMNO adalah penyatuan ummah yang lebih inklusif dengan mengutamakan perpaduan orang Melayu dan Islam tanpa prejudis terhadap kaum lain. 

Ia selaras dengan tuntutan Islam, Perlembagaan dan konteks sejarah dan kepentingan semasa. Bagaimana pula dengan DAP? Adakah agenda kristianisasi dalam politik Malaysia satu tindakan yang wajar? PAS menggesa pihak polis menyiasat penganjuran dan kandungan forum tersebut bagi mengelakkan kecelaruan dalam kalangan rakyat.

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN 

Timbalan Presiden PAS

Ahli Parlimen Kubang Kerian

Kategori