Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MIHAS Acara Halal Terbesar...

MIHAS 2018 yang berlangsung di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 4...

Isteri Dihina Ambil Air,...

MUNGKIN apa yang dilakukan lelaki ini tidaklah sehebat Taj Mahal, iaitu monumen yang...

GRO Bangladesh Dicekup Polis...

TIGA buah pusat hiburan yang 'dikuasai' warga Bangladesh di sekitar Kuala Lumpur, telah...

Penafian Tun M Isu...

GEORGE TOWN - Penafian Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu menandatangani surat penahanan...

DAP Kempen Anti-RUU 355 Menjelang Sidang Parlimen

MUSTAHIL hampir 60 tahun lepas merdeka, DAP tiba-tiba sahaja berminat dengan Islam dan demokrasi di Indonesia.

Selama ini pun, pemimpin DAP sering masuk keluar Indonesia atas pelbagai urusan. Pastinya bertemu dengan sekutu politik berkepentingan atau menemui pelajar Malaysia di sana.

DAP memaparkan berita lawatan mendalami Islam dan Demokrasi di Indonesia melalui portal propembangkang. Harapan parti Cina itu jelas, usaha untuk dilihat umat Islam di negara ini sebagai satu parti Cina yang bersungguh-sungguh mahu mendalami Islam.

DAP berharap, lawatan ini satu kejutan di sebalik imej cauvinis dan anti Islam parti itu selama ini.

Islam di Indonesia akan dijadikan modal untuk kempen menentang Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) yang bakal dibahaskan pada Sidang Dewan Rakyat dua minggu lagi.

DAP sedang melalui detik getir bagi memerangi RUU 355 kerana menyedari selain UMNO dan PAS yang memiliki seramai 88 campur 15 Ahli Parlimen (MP) yang pasti akan menyokong pindaan ini, rakan Pakatan Harapan (PH) PAN juga berkecenderungan menyokong usul ini.

Malah, MP parti sekutu utama dalam PH, PKR yang beragama Islam mungkin akan ikut bersetuju meluluskan pindaan ini.

Seramai 135 MP daripada 222 kerusi Parlimen beragama Islam. RUU 355 hanya memerlukan 112 undi di parlimen untuk diluluskan secara majoriti mudah.

DAP sedar dengan hanya 7 kerusi sekutu BN iaitu MCA dan empat undi MIC, barisan parti yang mewakili pengundi bukan Islam berada dalam keadaan sukar untuk menghalang usul ini.

Malah, MP Islam dari sekutu BN di Sarawak dijangka turut meluluskan usul ini.


Di Parlimen, pada sesi perbahasan Oktober nanti, DAP akan membangkitkan rujukan Perlembagaan Indonesia (Pancasila) yang bersifat sekular.

DAP akan mempromosi konon sekularisme masih relevan untuk negara majoriti dan berpenduduk Islam paling besar di dunia.

Islam yang tidak diperlembagakan sebagai Agama Rasmi atau Agama Negara masih menjadikan Indonesia mapan dalam soal negara paling ramai umat Islam.

DAP akan membentang bagaimana Islam di Indonesia berjalan secara harmoni dengan demokrasi meskipun tidak dijadikan agama rasmi.

Malah, sekali pun 90 peratus penduduk Indonesia beragama Islam, lima agama lain turut dijadikan agama negara.

DAP akan mempromosi liberalisme Islam, perkahwinan silang agama, tanpa pengaruh Majlis Agama Islam negeri, fatwa yang tidak digazetkan serta agama di luar urusan negara, adalah model Islam dalam demokrasi Indonesia.

Hati-hati. Islam tidak pernah berada di hati DAP. Islam bagi DAP adalah musuh yang mesti dihapuskan dan digugurkan dari catatan Perlembagaan Persekutuan! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori