Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan, Raja Permaisuri Perak...

KUALA KANGSAR - Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja...

Palestin, Baitulmaqdis, Erdogan Dijual...

GAZA- Akibat tidak mampu lagi untuk membiayai kos peliharaan dan penjagaan tiga ekor...

Perempuan Bogel Punca Jem...

Sesiapa yang melalui Jalan Kuching dekat Batu Caves, malam tadi terpaksa menempuh kesesakan...

Polis Pecah Tingkap Kereta...

INGATKAN bayi, rupa-rupanya ia adalah patung bayi..Itu yang berlaku di sebuah hospital di...

DAP Menipu Pengundi, Tidak Berani Bersuara



KUALA LUMPUR – Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengecam tindakan kerajaan yang tidak memasukkan Seksyen 88A berkaitan status penukaran agama anak dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Akta 164).

Dominic berkata, kerajaan terutamanya DAP hanya berfungsi untuk menipu pengundi dengan meracun fikiran mereka menggunakan isu itu satu masa dulu.

“Dulu pemimpin pembangkang seperti Menteri Kewangan yang hebat, Lim Guan Eng; Lim Kit Siang; Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching kata pada masa itu gabungan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS cukup untuk meminda Perlembagaan berkenaan isu ini. 


“Sekarang apabila isu ini ditimbulkan pada mereka, pemimpin DAP telah sekali lagi berundur ke pejabat mewah mereka di Putrajaya. Adakah DAP kehilangan ‘kacang di antara celah kaki’ selepas mendapat kuasa persekutuan walaupun menjadi parti kedua terbesar di PH?” soalnya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan itu selaras pandangan Jabatan Peguam Negara bahawa Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan agama individu umur bawah 18 tahun boleh ditentukan secara unilateral oleh ibu, bapa atau penjaga.

Tambah Dominic, Pakatan Harapan terutama DAP hanya akan memohon pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk isu-isu yang memberi faedah kepada diri mereka sendiri manakala yang lain dianggap tidak dapat dielakkan.


“Kenapa Pakatan Harapan mempunyai keberanian untuk membentangkan rang undang-undang meminda Perlembagaan Persekutuan mengenai pengurangan pengundi berusia 18 tahun tetapi tidak pada penukaran agama anak?


“Apa fungsi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dalam Kabinet? Sebelum ini dia berkata bahawa dia akan menjadi suara kanak-kanak di Parlimen tetapi adakah dia tertidur?” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori