Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bomba Guna Dron Pantau...

BATU KAWAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil inisiatif menggunakan dron...

Rayuan Permohonan BR1M Dibuka...

KUALA LUMPUR -- Rayuan bagi pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)...

Azmin Ali Enggan Isi...

PUTRAJAYA – Parti-parti pembangkang yang menggelarkan diri sebagai Pakatan Rakyat (meskipun belum diiktiraf...

Jenazah Thaqif Masih Elok...

SHAH ALAM - Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 10, yang...

DAP Masih Belum Terima Permohonan Maaf Penerima Pingat

SEREMBAN – DAP masih belum menerima permohonan maaf dari seorang anggotanya yang menerima pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk di Melaka baru-baru ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pemimpin parti negeri Melaka itu tidak perlu memulangkan pingat yang diterima sebaliknya hanya perlu meminta maaf secara terbuka dan peribadi kepada parti.

“Seorang anggota DAP Melaka, Dr Wong Fort Pin sudah minta maaf secara terbuka, begitu juga dengan dua pemimpin dari Sabah.

“Tinggal anggota dari Melaka itu sahaja yang nampaknya masih keras kepala lagi,” katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal ke-18, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi DAP Negeri Anthony Loke Siew Fook.

Lim berkata anggota DAP perlu mengutamakan matlamat parti iaitu berkhidmat dan berjuang untuk rakyat dan berkorban untuk negara, bukan mengejar kebendaan dan kesenangan hidup.

“Pangkat kebesaran ini sesuatu amat mulia dan dan saya bimbang nanti mereka lupa tugas utama adalah berkhidmat untuk rakyat, lagipun baru berapa bulan berkhidmat,” katanya.

Walaupun Lim tidak menyebutkan nama pemimpin berkenaan, namun ia sudah pasti merujuk kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Hilir merangkap Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew.


Tey dan Wong dianugerah Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Awal bulan ini, dua menteri DAP Sabah iaitu Stephen Wong dan Frankie Poon dianugerahkan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu yang membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, Loke berkata DAP negeri menghormati prinsip yang ditekankan parti dan turut mengingatkan anggotanya yang memegang jawatan dalam kerajaan seperti anggota exco dan anggota majlis untuk tidak mencalonkan nama dan menerima pingat kebesaran.

“Walaupun kita menjadi sebahagian parti pemerintah, kita tetap perlulah mempertahankan pendirian ini, sebab kita rasa belum layak lagi dan bukan kita ni bersikap kasar, tetapi wakil rakyat sedia ada ini belum layak lagi.

“Kita hanya akan mencadangkan orang yang layak sahaja untuk menerima pingat kebesaran seperti selepas mereka bersara dari perkhidmatan dan telah menunjukkan prestasi dan imej yang baik,” katanya. – BERNAMA

Kategori