Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Ke Stadium Nasional...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan turun ke Stadium Nasional Bukit...

Sembunyi Mayat Kekasih Dalam...

OHIO - Seorang lelaki menyembunyikan mayat kekasihnya di dalam ruang beku dengan bantuan...

Amali Solat UPKK 2018...

PUTRAJAYA - Subjek amali solat dan penghayatan cara hidup Islam dalam Ujian Penilaian...

10 Sebab Utama Kenapa...

ANDA sudah mula berdiet sejak beberapa bulan yang lalu namun berat badan masih...

DAP Mahu 3 Exco PAS Dalam Kerajaan Selangor Berundur

GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan semua Exco PAS di Selangor perlu letak jawatan selepas parti itu membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PKR.

Menurut beliau, secara prinsip tindakan tersebut perlu diambil Exco PAS berkenaan sekiranya mereka mempunyai maruah sambil merujuk cabaran beberapa pemimpin UMNO sendiri agar parti Islam itu perlu ada maruah.

Tambahnya, adalah sesuatu yang ‘tidak betul’ untuk Exco PAS berkenaan terus berada dalam pentadbiran Kerajaan PKR Selangor selepas keputusan Majlis Syura Ulama menamatkan kerjasama politik dengan PKR baru-baru ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan demikian sebagai mengulas kemelut krisis politik Selangor pada sidang media selepas menghadiri satu program komuniti dengan masyarakat setempat di sini Sabtu.

Ia susulan ‘kata dua’ Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam dilaporkan minta kesemua tiga Exco daripada wakil PAS agar segera berundur secara terhormat atau menghadapi kemungkinan dipecat.

Difahamkan, kekosongan ja­wa­tan ditinggalkan PAS itu akan diisi masing-masing satu oleh wakil PAN, PKR dan DAP. Menguatkan lagi keyakinan itu apabila Timbalan Presiden PKR tersebut memanggil kesemua mereka.


Media tempatan melaporkan bahawa Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib bertemu dengan Mohamed Azmin di pejabat menteri besar tersebut di Shah Alam, Selangor pada pagi Jumaat.

Sehari sebelum itu, mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS memutuskan untuk menamatkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR selaras dengan usul diluluskan muktamat tahunan di Alor Setar, Kedah bulan lalu.

Ia ekoran tindakan PKR selama ini yang didakwa sering mengkhianati PAS termasuk ketika pilihan raya kecil dan pembentangan rang undang-undang persendirian di Parlimen baru-baru ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori