DAP Kata Melayu Tak Peduli Tentang Bangsa & Agama

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa kaum Melayu negara ini tidak lagi mempedulikan tentang isu bangsa atau agama mereka sekali gus memudahkan misi pembangkang untuk merampas pemerintahan Malaysia dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kaum Melayu yang baru dan moden tidak lagi tertarik dengan isu agama dan kaum mereka yang dibangkitkan seperti DAP anti-Islam dan anti-Melayu.

“Lawatan sempena Jelajah Raya di Pantai Timur telah membuktikan bahawa Melayu tidak lagi menyokong ekstremisme atau fanatisme bangsa dan agama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang yang ternyata gembira dengan perkembangan itu menyifatkan parti terbesar kaum Melayu UMNO kini diambang kekalahan.

“Rakyat Malaysia kini mahu hidup dalam toleransi dimana boleh ‘leverage’ kepelbagaian agama, bangsa, bahasa dan budaya untuk mentransformasikan negara ini,” katanya.

DAP merupakan sebuah parti sekular dan liberal yang mengetuai Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). – MYNEWSHUB.CC

Loading...