Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Sarawak Tahan 68...

MIRI – Polis menahan 68 individu di Sarawak kerana terbabit dalam kegiatan judi...

Lima ‘Mat Rempit’ Dijel...

SHAH ALAM : Perbuatan lima ‘mat rempit’ bersahabat ‘merempit’ di lebuh raya tahun...

Belum Ada Pencabar Bagi...

KUALA LUMPUR – Masih belum ada calon lain yang tampil menyuarakan hasrat untuk...

Ezad Exist Kantoi Positif...

Perintah reman dikeluarkan selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Selayang kepada penyanyi dan...

DAP Buat Diam Isu CSIS

KUALA LUMPUR – Pendedahan ahli Centre for Strategic International Studies Amerika Syarikat (CSIS), Daniel Twining bahawa ejen asing itu terlibat secara langsung dalam bantu pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14 merupakan perkara yang serius.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, pengakuan Twining itu sepatutnya dibahaskan dalam Dewan Rakyat kerana ia jelas melibatkan campur tangan asing untuk menggulingkan kerajaan dalam PRU pada 9 Mei lalu.

“Campur tangan kuasa asing terhadap negara ini, apatah lagi menerusi pembiayaan dana tidak boleh dibiarkan kerana selain kedaulatan negara terancam.

“Ia berupaya menaikkan atau menjatuhkan kepimpinan kerajaan termasuklah yang diterajui oleh gabungan Pakatan Harapan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Noraini mempersoalkan DAP masih bersikap seperti ‘kura-kura menyorok kepala dalam cengkerang’ selepas Twining secara terbuka mengakui CSIS berkomplot dengan pembangkang sejak tahun 2002 bagi menumbangkan kerajaan BN.

Kata beliau, DAP masih berdiam diri daripada memberikan sebarang penjelasan atau membuat penafian kepada rakyat berhubung pendedahan Twining itu.

“Wanita UMNO kesal dengan tindakan membisu DAP dan konco-konconya untuk merungkai persoalan campur tangan asing dalam sistem demokrasi di negara ini, biarpun Twining telah mendedahkannya.


“Sebelum ini pun, DAP tidak berani beri penjelasan mengenai dakwaan parti itu ditawarkan dana AS$300 juta (RM1.2 bilion) dari rejim Israel sekiranya mereka dapat menawan Putrajaya dalam PRU ke-13,” katanya lagi.

Noraini berkata, pendedahan DAP ditawarkan dana oleh Israel itu dibuat oleh Mohamed Razali yang merupakan bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kata beliau, Mohamed Razali beberapa tahun lepas malah mendedahkan 17 orang ahli DAP telah dilatih oleh perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut. – MYNEWSHUB.TV

Kategori