Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pameran Firaun Diluluskan Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Mesir telah memberi kelulusan untuk membawa Pameran Firaun Ramses...

Gambar: Sultan Johor Makan...

BEBERAPA keping gambar yang memaparkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli...

262 Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHRU - Seramai 262 orang daripada 76 keluarga di Mersing dan Segamat...

2 Rumah, 3 Gerai...

KOTA KINABALU - Dua rumah dan tiga gerai jenis tidak kekal musnah dalam...

‘Dangal’ Cipta Sejarah, Pecah Rekod Box-Office Dunia

FILEM Dangal lakonan terbaru Aamir Khan telah mendapat sambutan yang amat hebat, dengan kutipan sebanyak Rs 155.35 crore (RM 89.12 juta) hanya dalam masa lima hari tayangan.

Malah, kutipan setakat Isnin lalu memecah rekod sebagai filem yang paling laris tahun ini, melangkaui jualan tiket filem Sultan lakonan Salman Khan.

Diarahkan oleh Nitesh Tiwari, Dangal turut dibintangi pelakon Hindi lain seperti Sakshi Tanwar, Fatima Sana Shaikh dan Sanya Malhotra.

Filem ini menggarap kisah sebenar kehidupan Mahavir Singh Phogat yang melatih anak-anak perempuannya untuk bergelar penggusti bertaraf dunia.

Di peringkat antarabangsa, Dangal diterima baik dan telah mengutip sebanyak Rs 76.16 crore (RM50.1 juta) di pasaran AS, Kanada, Timur Tengah, UK, Ireland dan Australia, menurut akhbar hiburan India, Bollywood Hungama.

Lebih membanggakan, filem itu turut menjadi filem yang mengutip jualan tiket tertinggi di Amerika Utara. Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh sebuah lagi filem Aamir, iaitu Dhoom 3.

Filem ini mula mendapat perhatian bulan lalu apabila sebuah video yang mendokumentasikan ‘pengorbanan’ Aamir menggemukkan diri dan juga persediaan melalui proses membina otot bagi wataknya dalam filem ini menjadi viral di media sosial.


Dalam Dangal, watak Mahavir semasa berusia 55 tahun dan gemuk dirakam terlebih dahulu.

Kemudian, untuk babak semasa jurulatih itu ketika muda pula, Aamir terpaksa menurunkan berat badan sebanyak 25kg dalam tempoh 25 minggu melalui jadual senaman dan pemakanan yang dikawal ketat.

Nampaknya, usaha bintang bermata hijau ini tidak sia-sia kerana komitmen yang diberikan olehnya membuahkan hasil yang lumayan di pecah panggung.

Dangal mulai ditayangkan serentak di seluruh dunia bermula 23 Disember lalu. Sementara, itu saksikan trailer filem ini dahulu! – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori