Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Denda RM6,580 Jika Pemilik...

MADRID — Para pemilik anjing peliharaan di ibu kota Sepanyol, Madrid kini harus...

Wanita China 64 Tahun...

CHANGCHUN, China - Seorang wanita berusia 64 tahun menjadi ibu tertua di China...

Palestin Alu-alukan Resolusi PBB...

RAMALLAH: Palestin mengalu-alukan penerimaan empat resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memihak kepada...

Lelaki Ditemui Mati Ditikam

PETRA JAYA - Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman senjata tajam...

1MDB: Dana Untuk Masyarakat, Bukan Naikkan Nama Najib

KUALA LUMPUR – Dana yang diterima UMNO Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang sebanyak RM100,000 adalah bagi menjayakan program kemasyarakat anjuran parti dan bukannya untuk meningkatkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Ketua UMNO bahagian tersebut, Datuk Mohd. Noor Ahmad, 60, sumbangan peribadi daripada Presiden UMNO yang diterima pada 2013 telah digunakan bagi membantu masyarakat setempat.

“Dana tersebut telah digunakan untuk memberi sumbangan kepada pelajar miskin yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti, aktiviti sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta bantuan sempena Ramadan.

“Semua program bantuan yang dianjurkan adalah untuk kebaikan masyarakat di Batu Kawan,” katanya menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib ketika pemeriksaan balas dalam perbicaraan hari pertama melibatkan anak guamnya berhubung dana 1MDB.

Berdasarkan salah satu pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa telah menggunakan hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM100,000 untuk pembayaran kepada UMNO Batu Kawan pada 7 Ogos 2013.

Saksi pendakwaan keenam itu bagaimanapun berkata, akaun UMNO Batu Kawan telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga kini berikutan siasatan 1MDB.

“Tak tahulah sampai bila kena beku. Tapi tiada tindakan lucuthak dikenakan terhadap kami,” katanya.

Dalam pada itu, saksi pendakwaan kelima, bekas Setiausaha Politik Najib, Datuk Wong Nai Chee berkata, bekas Perdana Menteri itu membayar RM246,000 kepada dua buah organisasi bagi kos pentadbiran Facebook Ah Jib Gor dan terbitan akhbar mingguan Cina.


“Bayaran melalui cek itu diberikan kepada AD Network yang bertanggungjawab untuk mengurus laman sosial bekas Perdana Menteri itu dan Akademi Kewartawanan & Informasi Taima bagi penerbitan akhbar mingguan Cina, Chinese Weekly,” katanya.

Beliau berkata, cek tersebut dikeluarkan atas nama seorang ahli perniagaan, Tan Sri Lim Soon Peng yang bertanggunjawab untuk tujuan agihan bayaran kepada syarikat-syarikat berkenaan selain mengelakkan risiko cek tersebut tular dalam media sosial.

Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah masih diteruskan. – UTUSAN ONLINE

Kategori