Dana Tambahan RM50 Juta Perangi COVID-19 Di Sabah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan akan menyalurkan dana tambahan berjumlah RM50 juta kepada Sabah bulan depan dalam usaha membantu negeri berkenaan menangani wabak COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata dana tambahan itu adalah menerusi Kumpulan Wang COVID-19 (KWC).

“Kementerian Kewangan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 26 Oktober lalu, sudah menyalurkan peruntukan berjumlah RM50 juta kepada kerajaan Sabah khusus untuk memerangi Pandemik COVID-19.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Selain itu, peruntukan RM44 juta juga sudah digunakan oleh Kementerian Kesihatan dalam membendung gelombang wabak COVID-19 di Sabah. 

“Sebagai langkah susulan memerangi COVID-19 di Sabah, suka cita diumumkan bahawa Kementerian Kewangan akan menyalurkan dana tambahan berjumlah RM50 juta lagi menggunakan KWC untuk Sabah pada bulan depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini. – BH Online