Dana Tambahan RM28 Bilion Masih Cakap Takda Duit Ke? – Najib

Dalam tempoh seminggu selepas PM8 kata kerajaan PN tak ada banyak duit lagi setelah berbelanja RM600 bilion, kerajaan telah:

  • Pinjam RM6 bilion melalui bon tempatan kerajaan
  • Pinjam US$1.3 bilion (RM5.4 bilion) dari luar negara melalui Sukuk Hijau
  • Pinjam US$3 bilion (RM12.4 bilion) dari luar negara melalui Petronas.
  • keluarkan ordinan darurat untuk tukar untuk korek RM5 bilion dari tabung KWAN bernilai RM16.9 bilion dibina dan ditinggal kerajaan BN.

Dana tambahan sebanyak RM28.8 bilion diperolehi dalam tempoh seminggu sahaja setelah pinjam RM70 bilion sebelum ini pun masih mahu kata kerajaan tak ada banyak wang lagi ke?

(Paling lucu ialah Menteri Kewangan kata hari ini bahawa bajet asal RM3 bilion (yang kini dinaikkan ke RM5 bilion) bagi vaksin Covid sebenarnya tidak diperuntukan dalam bajet kerajaan tahun 2021 bernilai RM310 bilion)