Dana 1MDB: AS, Jho Low Sepakat Lucut Aset RM4 Bilion

NEW YORK – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mencapai kata sepakat pelucuthakan sivil terbesarnya apabila bersetuju mendapatkan semula hampir AS$1 bilion (RM4 bilion) dana Jho Low dan keluarganya didakwa telah menyeleweng dari 1MDB.

Pihak berkuasa AS berkata kira-kira AS$4.5 bilion (RM18 bilion) telah dilarikan dari 1MDB, yang ditubuhkan pada 2009 oleh Najib Razak ketika menjadi perdana menteri.Pihak berkuasa AS berkata kira-kira AS$4.5 bilion (RM18 bilion) telah dilarikan dari 1MDB, yang ditubuhkan pada 2009 oleh Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi perdana menteri.

Sejak 2016, Jabatan Kehakiman, dalam kes terbesar di bawah kempen antikleptokrasi, telah memfailkan tuntutan sivil untuk merampas kira-kira AS$1.7 bilion (RM6.8 bilion) aset yang didakwa dibeli dengan menggunakan dana 1MDB yang dicuri.

Jho Low yang menyifatkan kata sepakat yang dicapai itu sebagai “bersejarah“, dalam kenyataan dikeluarkan bagi pihaknya, menghadapi tuduhan di kedua-dua AS dan Malaysia atas peranan utamanya dalam skandal.

Dia yang dikehendali pihak berkuasa Malaysia bersetuju untuk menyerahkan jet swasta, hartanah mewah di Beverly Hills, New York dan London dan aset lain berjumlah AS$ 700 juta (RM2.4 bilion), kata Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan dan dokumen mahkamah yang difailkan semalam.

Ia merupakan tambahan kepada kapal layar AS$125 juta dan AS$140 juta dalam aset lain yang telah dilupuskan. Jika diluluskan, penyelesaian itu akan menandakan pelucutan sivil terbesar yang pernah iputuskan oleh Jabatan Kehakiman, kata kenyataan itu.

“Mesej dalam kes ini mudah: AS bukanlah tempat yang selamat bagi dana yang dicuri,” kata Peguam AS, Nicola T Hanna dari Central District of California.

Perjanjian itu tidak termasuk pengakuan salah atau salah laku dan tidak terikat pada tindakan jenayah terhadap Low.

“Saya amat berbesar hati untuk mengesahkan bahawa penyelesaian menyeluruh, global telah dicapai dengan kerajaan AS,” kata Low dalam kenyataan itu.

Penyelesaian itu juga termasuk aset di United Kingdom dan Switzerland, serta dana dari penjualan saham Low dalam grup penerbitan musik EMI.

Pihak-pihak terbabit juga bersetuju untuk bekerjasama dalam menyelesaikan saman mengenai aset lain, termasuk berlian dan lukisan oleh Picasso dan Vincent Van Gogh, kata jabatan itu.

Penyelesaian yang dicadangkan itu difailkan di California semalam dan perlu diterima oleh hakim.

1MDB adalah subjek siasatan rasuah dan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara.

Polis Malaysia tahun lepas memfailkan tuduhan dan mengeluarkan waran tangkap ke atas Low dan beberapa rakannya, yang sehingga kini tidak tahu di mana mereka.

Low, yang secara konsisten menafikan salah laku, bersedia untuk menangani isu berkaitan 1MDB di Malaysia dan di tempat lain dengan syarat ia sesuai untuknya, kata jurucakapnya.

“Jika dan bila Low yakin bahawa dia akan selamat dan dibicara secara adil, dia akan tampil untuk menangani isu-isu berbaki,” kata jurucakap itu kepada Reuters.

Bagaimanapun, Low berkata beliau tidak mengharapkan akan menerima perbicataan yang adil di Malaysia selagi Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkuasa. – Agensi

Loading...