Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kes SRC: Najib Beri...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Ibu Pejabat...

Gambar Pertemuan Anwar Dengan...

Beberapa hari lalu, portal Malaysia Today menerusi artikel bertajuk “Jude : I Was...

Tolak Isu Peluk, Fasha-Aidil...

SETELAH sekian lama ramai yang bertanya-tanya siapakah jejaka yang berjaya memikat hati pelakon...

Larangan Kedai Runcit Jual...

SHAH ALAM - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan keputusan Dewan...

Dalang Sindiket Penyeludupan Migran Di Timur Johor Dikenal Pasti

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengenal pasti dalang utama sindiket yang dipercayai terbesar dalam menguruskan penyeludupan migran di timur Johor.

Ia susulan penahanan seorang tekong darat warga Indonesia berusia 26 tahun dalam satu operasi pemantauan di pesisir Pantai Tanjung Lompat dan Perairan Desaru, Kota Tinggi kira-kira 5.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata operasi itu yang dilaksanakan bagi mengenal pasti lorong tikus digunakan sindiket penyeludupan keluar dan masuk migran turut menahan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipercayai hendak ke negara asal.

Dua puluh daripadanya adalah lelaki dan enam ialah perempuan, kesemuanya berusia lingkungan 18 hingga 46 tahun.

“Sindiket ini mengaut keuntungan yang besar dengan mengenakan bayaran dari RM1,000 hingga RM3,000 seorang tanpa mengambil kira keselamatan penumpang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zulfadli berkata mereka yang ditahan dibawa ke jeti Zon Tanjung Sedili untuk pemeriksaan awal dan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, dalam satu kes berasingan, Mohd Zulfadli ​​​​​memberitahu pihaknya turut menahan sebuah kapal tangki asing di perairan timur Johor pada 2 petang hari yang sama kerana didapati membawa sisa minyak atau barang buangan terjadual tanpa kebenaran Ketua Pengarah Alam Sekitar.

Beliau berkata kapal yang didaftarkan di Belize, Amerika Tengah itu turut membawa empat kru warga Indonesia berusia 27 hingga 40 tahun.

“Penahanan dibuat pada jarak 12 batu nautika timur Tanjung Lompat Desaru dan kes diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk disiasat di bawah Seksyen 33B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, melibatkan larangan terhadap penempatan serta peletakan barangan terjadual, dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – BERNAMA

Kategori