Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kunjungan PM Naikkan Semangat...

PEKAN - Kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke rumah pesakit cerebral palsy,...

MCA Fokus Isu Kenaikan...

BERHUBUNG kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,...

Dewan Rakyat: Pantun Noh...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat pagi ini kecoh susulan pantun dilontar Tan...

23 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 23 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan...

Dalam Diam, Aktres Malaysia Tampil Dalam ‘Gotham’

SEBELUM ini, seorang pelakon Malaysia diberitakan mendapat tawaran satu produksi adiwira popular di Hollywood, Marvel Studios namun terpaksa menolak saat akhir atas alasan ‘prinsip diri’.

Perkara itu nyata mengecewakan penggemar industri seni tanah air yang telah ternanti-nanti kemunculannya di dalam produksi besar itu.

Namun, rakyat Malaysia dikejutkan apabila anak jati Kuala Lumpur, Shiva Shobitha Kalaiselvan membuat kemunculan sulung di saluran Fox menerusi drama bersiri popular, Gotham, Jumaat lalu.

Shiva bukanlah seorang aktres yang dikenali di Malaysia namun mendapat peluang membawakan watak Lelia yang merupakan salah satu karakter dalam DC Comics di bawah francais Batman.

Pelakon yang berpangkalan di Manhattan, New York, Amerika Syarikat  itu muncul dalam episode 16 siri keempat drama bersiri itu bertajuk ‘A Dark Knight: One of My Three Soups’ dan wataknya mengetuai satu kumpulan pembunuh dikenali sebagai League of Shadows.

Biar pun episod berkenaan merupakan kemunculan pertamanya dalam Gotham, ini bukanlah kali pertama Lelia muncul di kaca televisyen di negara Uncle Sam itu.

Sebelum ini, Shiva pernah muncul sebagai bintang undangan dalam beberapa episod siri The Originals terbitan saluran CW membawakan watak bernama Ivy.

Lapor BH Online, Shiva sebenarnya sangat aktif dalam bidang teater di negara itu dan pernah dipertanggungjawabkan menerbitkan dua pementasan teater di New York.


Malah, Shiva yang sebelum ini merupakan seorang perunding pelaburan juga pernah muncul dalam beberapa produksi teater di Malaysia namun masih tidak dikenali ramai.

Pemegang ijazah sarjana dari Universiti Columbia, New York itu juga berkongsi keterujaannya apabila memuat naik gambar dan video pendek dirinya berada di set penggambaran drama siri berkenaan di Instagramnya.

Dalam pada itu, kemunculan aktres berkenaan dalam Gotham meraih pujian ramai rakyat Malaysia di media sosial yang rata-rata dari mereka berbangga seorang pelakon negara dapat muncul dalam siri popular itu dan menyampaikan ucapan tahniah mereka.

“Tidak seperti beberapa pelakon wanita Malaysia lain, dia (Shiva) langsung tidak membuat kekecohan besar. Dia hanya muncul dalam Gotham sebagai Leila. Tahniah Shiva Shobitha. 

“Selepas muncul dalam siri The Originals, sekarang siri ini. Berharap dapat lihat lebih banyak lakonannya selepas ini,” tulis pengguna akaun Klubbkiddkl di Twitter.

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja Shiva muncul dalam sebuah produksi besar di luar negara. Tahniah diucapkan kepadanya. Diharap selepas ini lebih ramai pelakon Malaysia berani untuk mencuba nasib di produksi-produksi besar di luar negara. –MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori