Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Hasrat Jadi Negara...

PUTRAJAYA - Malaysia berhasrat menjadi negara neutral karbon pada masa akan datang dan...

MOTAC Buka Semula Permohonan...

PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membuka semula tempoh permohonan Bantuan...

Remaja Lelaki Ditahan Disyaki...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan polis di sebuah...

Wan Rakemi Menang Pemilihan...

TANAH MERAH: Jawatan Ketua UMNO bahagian Tanah Merah yang kosong selepas penyandangnya, Datuk...

Dakwaan Undian Projek Tidak Telus Disiasat

PADANG BESAR – Kementerian Kerja Raya akan menyiasat mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam undian tawaran projek membabitkan kontraktor G1 (Kelas F) oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis, baru-baru ini.

Timbalan Menterinya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata beliau memandang serius dakwaan itu dan akan menyiasatnya supaya ia tidak berulang dan menjadi lebih teruk pada masa hadapan, jika ia benar-benar berlaku.

“Saya mengetahui perkara ini tetapi tiada bukti untuk mengesahkannya namun akan tetap menyiasat supaya berlaku keadilan kepada mereka yang terbabit,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan majlis graduasi ketujuh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Suleiman, Beseri di sini, hari ini.

Katanya kerajaan Pakatan Harapan sedang berusaha menghapuskan rasuah dan soal kroni tidak akan dibiar wujud lagi untuk menggalakkan para kontraktor terus menyumbang kepada ekonomi negara.

Beliau berkata sistem cabut undi harus dilaksanakan secara telus dan terbuka bagi mengelak persepsi negatif.

Pada 1 Okt lepas, anggota Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Perlis mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat JKR Perlis di sini meluahkan rasa kesal dan kekecewaan dengan cara jabatan itu mengendalikan pembahagian projek-projek kecil bernilai di bawah RM200,00 melalui cabutan undi tertutup yang didakwa tidak telus.


Mereka mendakwa jabatan itu memilih individu tertentu atau kroni sehingga lebih 1,000 kontraktor yang bernaung di bawah persatuan itu sering kali berputih mata apabila ada undian untuk mendapatkan projek.

Mengenai blok SMK Tengku Suleiman yang terbakar dalam kebakaran pada 2016, Mohd Anuar berkata pihaknya akan menyegerakan pembinaan bangunan tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori