Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Azmin Petik Ayat Al-Quran

KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang...

Gambar: 10 Artis Hollywood...

SIAPA kata jadi seorang selebriti adalah perkara yang mudah dan tidak memerlukan komitmen?Jika...

Gabenor Aden Terbunuh Serangan...

ADEN, Yaman - Gabenor wilayah Aden dilaporkan terbunuh hari ini dalam siri serangan...

Jangan Salahkan Lionel Messi...

MOSCOW - Kegagalan Lionel Messi untuk menyempurnakan sepakan penalti bukanlah alasan Argentina gagal...

Dakwaan Negara Akan Muflis Tak Berasas – Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa dakwaan negara akan muflis adalah tidak berasas.

“Kemuncak hutang kita adalah pada tahun 1986 di mana nisbah hutang pada masa itu 103.4 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara. That was in 1986 (itu pada 1986). Hari ini, kita punya nisbah hutang kepada KDNK hanya 50.8 peratus sahaja.

“Maknanya, sebagai sebuah kerajaan kita telah melakukan perbelanjaan secara berhemah dan juga bertanggung jawab,” kata Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan semasa sesi dialog yang dikendalikan oleh Penasihat kepada Perdana Menteri untuk Program Transformasi Negara (NTP), Datuk Seri Idris Jala sempena pelancaran Laporan Tahunan 2017 NTP di sini, malam ini.

Menurutnya lagi, jika dibanding dengan hutang negara lain, umpamanya Jepun adalah 240 peratus berbanding KDNK , Singapura 111 peratus dan United Kingdom 89 peratus.

“Kalau ikut logik negara-negara ini patut muflis lebih dulu daripada Malaysia. Bukan kita. Oleh itu, dakwaan Malaysia akan muflis tidak berasas dari segi hakikatnya,” kata Najib.

Selain itu, prospek cerah ekonomi Malaysia telah disahkan oleh institusi global, dan agensi penarafan kredit utama telah mengesahkan penarafan Malaysia dalam band “A” dengan tinjauan stabil.


Malaysia merupakan salah sebuah daripada beberapa negara di dunia yang menetapkan had statutori ke atas jumlah pinjaman kerajaan, membuktikan kegigihan dan disiplin kerajaan dalam membawa perubahan.

Hutang kerajaan yang berada pada 50.8 peratus daripada KDNK pada 2017, adalah di bawah had siling 55 peratus daripada KDNK. – BERNAMA

Kategori