Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tidak Tutup 30...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan menutup 30 pejabat Kedutaan Malaysia di luar...

Projek Kemudahan Sosial KKLW...

PUTRAJAYA - Projek pembangunan melibatkan kemudahan sosial di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar...

Perbarisan, Acara Menaikkan Bendera...

KUALA LUMPUR - Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015 dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan...

Apa Motif Filipina Manipulasi...

TINDAKAN Filipina mengeluarkan kenyataan ASEAN mengenai Isu Rohingya amat menakutkan. Selain isi kenyataan...

Da’i Aiman Teruja Urus Korban Di Afrika

SHAH ALAM – Da’i Aiman teruja diberikan kepercayaan untuk menguruskan ibadat korban di Chad sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Katanya, beliau dan beberapa rakyat Malaysia berpeluang menyertai program anjuran sebuah pertubuhan amal bagi menunaikan amanah diberikan orang ramai.

“Selepas tamat pembabitan saya dalam program, Da’i Pendakwah Nusantara, tahun lalu, saya memang sentiasa mencari peluang untuk ke luar negara bagi melihat sendiri perkembangan syiar Islam.

“Sebelum ini, saya turut menjelajah ke seluruh negara, kecuali Sabah dan Sarawak. Kali ini, saya diberikan peluang ke benua Afrika bagi menjalankan ibadat korban,” katanya kepada BH Online.

Beliau yang juga pengacara rancangan siaran TV9, Tanyalah Ustaz, berkata program yang dinamakan Ibadah Qurban Chad 2018 itu bertujuan memberikan peluang kepada penduduk miskin di negara terbabit menikmati makanan enak daripada daging korban.

“Saya faham, pasti ada yang mempersoalkan kenapa kita tidak salurkan sumbangan kepada penduduk di negara sendiri? Saya tidak nafikan, itulah yang sebaiknya.

“Sebagai contoh, kawasan masjid yang didiami golongan berada boleh menyalurkan sumbangan yang ada kepada kawasan lain,” katanya.


Aiman berkata, program yang disertainya membuka peluang kepada mereka yang mempunyai rezeki lebih untuk mengambil bahagian melakukan ibadat korban dengan kos lebih rendah.

Katanya, Chad yang terletak di tengah-tengah benua Afrika adalah antara negara paling miskin di dunia, dengan 80 peratus penduduknya beragama Islam.

Sementara itu Aiman memberitahu, beliau baru saja selesai menyertai pertandingan pendakwah peringkat Asia di Indonesia, Ramadan lalu.

Pada pertandingan diberi nama Aksi Asia yang berlangsung selama sebulan dan disiarkan menerusi televisyen Indonesiar itu, Aiman berjaya memenangi tempat kedua. – BH Online

Kategori