Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kematian Jurutera Tiada Unsur...

DUNGUN - Seorang jurutera di sebuah syarikat penyenggaraan Industri pemprosesan minyak di Kemaman...

Ditumbuk Bertalu-Talu, Petinju 13...

SEORANG petinju remaja maut akibat pendarahan otak sehari selepas tidak sedarkan dalam satu...

2 Wanita Brunei Maut...

MIRI - Dua warga Brunei maut apabila kenderaan yang mereka tumpang terbabas dan...

3 Lagi PI1M Bakal...

BEAUFORT - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari...

Dah Kenapa Pakai Topi Keledar Dalam Pejabat?

BIMBANG terhadap risiko keselamatan, sekumpulan pekerja di sebuah pejabat di Bihar, India terpaksa memakai topi keledar sepanjang waktu bekerja.

Rakaman video yang menunjukkan empat pekerja di sebuah pejabat sedang melakukan kerja mereka sambil memakai topi keledar tular di media sosial negara itu sejak bulan lalu.

Keadaan tersebut membangkitkan kembali perdebatan mengenai keadaan bekerja yang daif di negara Asia.

Siasatan mendapati ia berlaku di sebuah bangunan kerajaan di Areraj di daerah Champaran dan ia dianggap bahaya oleh pemeriksa keselamatan dua tahun lalu.

“Jabatan pembinaan bangunan mengisytiharkan bangunan ini dalam keadaan bahaya untuk digunakan. Pihak berkuaa bagaimanapun mendapati tiada usaha untuk memindahkan pejabat ini,” kata seorang pekerja, Amit Kumar Pandey kepada pemberita.

“Keadaan bertambah buruk disebabkan hujan apabila keseluruhan bangunan bocor, menyebabkan bahaya pada peralatan pejabat,” katanya.

Beberapa bahagian bumbung pejabat itu pernah runtuh sebelum ini menyebabkan mereka terpaksa memakai topi keledar semasa bekerja.


Bagaimanapun pegawai kerajaan tempatan mengumumkan pejabat itu akan dipindahkan secepat mungkin selepas video tersebut tular.

“Pejabat itu akan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat dalam tempoh sehari. Kita telah mengarahkan pemindahan dilakukan tetapi kelewatan berlaku.

“Kita telah mengeluarkan surat tunjuk sebab berhubung keadaan itu bagi menjelaskan mengapa kelewatan pemindahan berlaku,” kata seorang pegawai kanan.

Beliau berkata, surat tunjuk sebab turut dikeluarkan kepada empat pekerja yang dilihat di dalam video tular itu kerana mereka didapati memaklumkan masalah di media dan tidak mengusulkannya kepada penyelia. – odditycentral/mStar Online

Kategori