Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nenek 97 Tahun Angkat...

BIASANYA warga emas yang mencecah umur 90 tahun ke atas lebih banyak menghabiskan...

Exco FAM Sahkan TMJ,...

PETALING JAYA - Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan penasihat...

Cemas… Anak Nourul Sawan...

PENYANYI Nourul Wahab berhadapan dengan situasi mencemaskan apabila anak lelaki bongsunya, Raphael Deep...

Hafiz Tegur Cara ‘Gurauan’...

NAMA pelakon penuh kontroversi, Nur Fathia Latiff mungkin tidak asing lagi di telinga...

Daging Kerbau RM4.3 Juta Dirampas Guna Sijil Halal Mengelirukan

BUTTERWORTH – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 335 tan daging kerbau sejuk beku dari India bernilai RM4.3 juta yang dikesan menggunakan logo halal mengelirukan dalam siri pemeriksaan sejak Isnin hingga semalam.

Pemeriksaan dilakukan di Terminal Kontena Utara Butterworth (NBCT), di sini.

Sepasukan penguat kuasa MAQIS negeri mengadakan pemeriksaan rutin dari jam 5.30 petang Isnin lalu hingga 12 tengah hari semalam sebelum mendapati 12 kontena yang membawa barangan daging sejuk beku masuk ke pelabuhan berkenaan.

Pengarah MAQIS negeri, Zarina Ramli, berkata hasil pemeriksaan mendapati keseluruhan dagangan terbabit menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa negara ini.

“Pemeriksaan kita mendapati 12 kontena itu membawa daging kerbau sejuk beku seberat 335,914 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai hampir RM4.3 juta.

“Kesemua barang dagangan berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut memandangkan penggunaan logo halal yang mengelirukan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Jelasnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Dalam seksyen ini, mana-mana orang yang memberikan maklumat yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian adalah menjadi suatu kesalahan. 

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali,” katanya.

Pihak MAQIS sentiasa melakukan pemeriksaan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar, serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan. – BH Online

Kategori