Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Komuniti ASEAN Beri Manfaat...

KUALA LUMPUR - Penubuhan Komuniti ASEAN menjelang akhir tahun ini bukan sahaja memanfaatkan...

Reman Pegawai Kanan ZPP...

GEORGE TOWN - Mahkamah Majistret di sini menyambung reman pegawai kanan Zakat Pulau...

Ada Peniaga IG Eksploitasi...

DAMANSARA: Pelakon yang semakin mendapat perhatian peminat drama tempatan, Hafreez Adam mendedahkan terdapat...

Pembunuhan Ahli Pembangkang Russia...

MOSCOW - Pembunuhan ahli politik pembangkang Russia, Boris Nemtsov dirancang dengan rapi, demikian...

Jualan Tiket Konsert 5 Divo Sudah 30 Peratus Terjual – Dafi

KUALA LUMPUR – Penganjur Konsert 5 Divo yang menggabungkan lima penyanyi lelaki terkenal dari tiga buah negara serantau, Laugh Out Loud (LOL) Entertainment menyasarkan tiket konsert tersebut akan laris terjual dalam masa terdekat ini.

Pengarah Urusannya, Gadaffi Ismail Sabri berkata, setakat ini jualan tiket sudah 30 peratus terjual.

“Jualan tiket sangat memberansangkan dan setakat ini sudah 30 peratus tiket sudah terjual, kita harapkan selebihnya akan habis terjual dalam jangka masa terdekat,” katanya ketika ditemui dalam majlis sidang media Konsert 5 Divo di Restoran Qureshi, Kelab Golf Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mengenai pemilihan lima ‘divo’ iaitu penyanyi tempatan, Hafiz, Hazama, penyanyi Indonesia, Judika dan Afghan dan penyanyi kelahiran sebarang tambak, Taufik Batisah, Dafi berkata, “pihak kami berhasrat mengadakan konsert yang mengabungkan penyanyi-penyanyi tiga negara sebagai tanda harmoni serantau. Muzik merupakan elemen yang menyatukan hati, jiwa dan antusias semua.”

“Pemilihan nama-nama penyanyi ini ialah berdasarkan kualiti kerjaya, karisma dan kemampuan menyanyi secara live. Tambahan lagi, penyanyi-penyanyi masa kini ini mampu menyanyi dengan diiringi orkestra,” katanya.

Ketika ditanya apakah istimewanya konsert yang dianjurkan ini jika dibandingkan dengan konsert-konsert berskala besar yang lain, Dafi menyatakan; “Benda yang saya boleh jual untuk konsert ini adalah muzik yang bagus daripada pengarah muzik Datuk Ramli MS dan kualiti-kualiti vokal dan persembahan yang gempak sebab no doubt mereka (lima penyanyi divo) ini memang bagus.”

Sementara itu, Dafi, 28, turut mendedahkan bahawa pihak LOL Entertainment berkemungkinan akan menjual rakaman konsert ini untuk tontonan peminat yang tidak dapat menghadirikan diri pada konsert itu kelak.


‘Konsert 5 Divo, 3 Negara, 5 Divo, 1 Pentas’ ini akan diadakan pada 13 Februari ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Konsert ini boleh menampung kapisiti sebanyak 6,000 penonton.

Bagi menghangatkan lagi konsert ini, pihak penganjur telah mengadakan pertandingan menerusi laman sosial Instagram dengan menawarkan lima tiket percuma.

Anda hanya perlu menghantar video sedang menyanyi mana-mana lagu popular lima bintang tersebut dan berkongsikan mengenai apa yang anda faham mengenai cinta dengan durasi 15 saat besertakan hashtag #5Divo dan #Konsert5Divo.

Tiket-tiket berharga RM1188, RM988, RM888, RM588, RM388, RM188 dan RM128 boleh didapati menerusi laman web www.ticketpro.com.my, rangkaian Rock Corner dan talian Hotline 017-6828038. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori