Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Penunggang Basikal Nyaris...

ORANG kata kalau memandu tu cubalah bawak-bawak bersabar dan patuhi peraturan seperti mematuhi...

Banjir: 45 Orang Dipindah...

JOHOR BAHRU - Mangsa banjir di Tangkak semakin meningkat apabila seramai 45 orang...

Mnangagwa Sah Presiden Zimbabwe

HARARE - Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa, yang juga bekas sekutu Robet Mugabe diisytiharkan...

Pengiktirafan UEC Di Melaka...

MELAKA – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) oleh Kerajaan Negeri Melaka hanya melibatkan...

Dadah: Wanita Ukraine Dipenjara Seumur Hidup

GEORGE TOWN – Nasib tidak menyebelahi seorang wanita warga Ukraine berusia 24 tahun selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadapnya setelah didapati besalah mengedar 1.54kg dadah jenis kokain, tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin terhadap tertuduh iaitu Lopatkina Klavdiia.

Klavdiia sebelum ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 15 Disember tahun lalu terhadap pertuduhan mengedar dadah tersebut bagaimanapun pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya dan mahkamah tersebut (Rayuan) memerintahkan tertuduh membela diri.

Dalam keputusannya, Abdul Wahab berkata, tertuduh sepatutnya mempunyai masa untuk melihat dua bungkusan plastik yang dibawanya dari penerbangan melalui Dubai ke Kuala Lumpur seterusnya ke Pulau Pinang.

“Tertuduh dilihat menutup mata untuk mengetahui kandungan dua bungkusan palstik yang dibawa melalui tanggannya sepanjang penerbangan itu sedangkan mempunyai masa yang panjang.

“Tertuduh juga tidak mengambil peluang itu untuk melihat kandungan bungkusan yang didakwa mengandungi coklat yang dibawanya,” katanya.


Mengikut pertuduhan Klavdiia didakwa mengedar dadah 1.54kg dadah jenis kokain di Ruang Ketibaan Domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 11 pagi, 31 Disember 2015.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Ketika ditahan pada 2015 , Klavdiia yang diwakili peguam Datuk N. Sivananthan dan Low Huey Theng itu sedang mengandung sebulan dan dia melahirkan seorang bayi perempuan pada Ogos 2016 semasa dalam tahanan reman. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori