Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Lagi Istilah Pakatan...

KUALA LUMPUR - "Tiada lagi Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Negeri akan datang,"...

Ada Jual Pangkat Kehormat...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Lain Macam Betul PH...

SEBELUM dapat kuasa, macam-macam boleh dikomen dan dikritik, dan janji-janji kepada rakyat pun...

Malaysia Tewas Lagi 1-4...

BURIRAM – Kempen Malaysia pada aksi Kelayakan Piala Asia 2019 berakhir dengan keputusan...

‘Dab Pose’ Mat Moto Bikin Jambatan P.Pinang Sesak

WALAUPUN larangan untuk tidak memberhentikan kenderaan di sepanjang jambatan Pulau Pinang bagi tujuan bergambar telah dikeluarkan, masih ada lagi pihak yang enggan mematuhi arahan tersebut.

Terbaru, tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi ‘dab pose’ di jambatan tersebut telah menyebabkan trafik bergerak perlahan.

‘Dab pose’ merupakan satu gerak tari di mana penari akan menundukkan kepala dan mengangkat lengan dan siku dalam keadaan menyerong.

Pada kejadian tersebut, orang ramai memperlahankan kenderaan bagi melihat aksi dua penunggang motosikal yang bergambar di tembok jambatan menghala ke pulau itu.

Salah seorang daripada penunggang motosikal itu berdiri di atas tembok manakala rakannya berdiri di atas jambatan dengan gaya dab pose.

Beberapa penunggang motosikal lain turut kelihatan dalam gambar tersebut dan aksi berkenaan telah menyebabkan kenderaan semakin perlahan ditambahkan lagi kenderaan yang mula bergerak pulang ke rumah massing-masing selepas cuti Tahun Baru Cina.

Gambar berkenaan menjadi tular di media sosial dan netizen menganggap tindakan dua penunggang motosikal itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira jam 2 petang.

Sementara itu, PLUS Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan arahan kepada orang ramai berkenaan larangan memberhentikan kenderaan di sepanjang jambatan untuk bergambar.


Sekiranya kegiatan tersebut dikenalpasti, PLUS akan memberitahu mereka supaya meneruskan perjalanan.

Berhubung kejadian tersebut, PLUS tidak menerima sebarang aduan dan mungkin terlepas pandang kerana mereka hanya mengambil gambar dan berlalu pergi.

Awal Januari lalu, seorang penunggang motosikal sanggup mengadai nyawa untuk berswafoto di jambatan Pulau Pinang dan ia menjadi tular di media sosial.

Kejadian tersebut mencetuskan kekecohan di media sosial kerana bimbang lelaki tersebut terjatuh dari jambatan sekiranya angin kuat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori