Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

1MDB Sedia Beri Kerjasama...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bersedia memberi kerjasama kepada Pejabat Peguam...

Bakar Tafsir Al-Quran Kecewa...

ALOR SETAR - Motif seorang lelaki bukan Islam yang membakar senaskhah tafsir al-Quran...

10 Beradik Masuk Universiti...

SAN JOSE, CALIFORNIA – Sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat yang tidak menghantar...

Tasha Shilla Akan Terus...

SERING terpalit dengan kontroversi, kini Tasha Shilla akui dia akan lebih berhati-hati dan...

Cuti Umrah Penjawat Awam Berkuat Kuasa 1 Januari

KUALA LUMPUR – Penjawat awam bertaraf tetap dibenarkan memohon cuti tanpa rekod untuk menunaikan umrah maksimum selama tujuh hari iaitu sekali dalam tempoh perkhidmatan, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017 Kemudahan Cuti Umrah yang dimuat naik di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 11 Disember, perkiraan tujuh hari itu bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah dan ziarah di Madinah.

“Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya,” menurut pekeliling itu.

Cuti umrah itu tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lepas mengumumkan bahawa kerajaan buat julung kali bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.

Menurut pekeliling itu, pegawai yang memerlukan cuti melebihi had maksimum tujuh hari itu, perlu memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti mereka. – BERNAMA

Kategori