Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Tiada Sebab Tahan...

KUALA LUMPUR - Penganjur dan peserta #KitaLawan harus dibebaskan kerana perhimpunan itu berlangsung...

Naza Italia Akan Buka...

KUALA LUMPUR – Naza Italia, pengimport rasmi tunggal dan pengedar kereta Ferrari di...

Keselamatan Pesta Belon New...

HOUSTON - Susulan insiden tembakan rambang di Las Vegas pada 1 Oktober  yang...

Video: Profesor Buat Onar...

AKIBAT leka memadu asmara, seorang pensyarah dan pelajar di sebuah universiti di China...

Curi Kabel, Tiga Lelaki Ditahan

BUKIT MERTAJAM – Tiga lelaki yang aktif menjalankan kegiatan mencuri kabel berjaya ditahan polis ketika mereka baru sahaja selesai menjalankan kegiatan mencuri kabel di Jalan Chain Ferry, Perai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata sepasukan polis yang mendapat maklumat berhubung kegiatan mereka, telah pergi ke lokasi kejadian di bawah jambatan di Jalan Chain Ferry itu pada pukul 8.30 pagi dan mendapati terdapat tiga lelaki sedang berada di dalam sebuah kereta.

“Mereka yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil itu dipercayai baru sahaja selesai mencuri kabel yang terdapat di bawah jambatan berkenaan dan pemeriksaan terhadap kenderaan itu, polis menemui dan merampas satu gulung kabel yang dianggarkan sepanjang kira-kira 100 meter.

“Polis juga merampas peralatan yang digunakan mereka untuk kegiatan itu antaranya pemotong kabel, playar dan pemutar skru serta sehelai vest warna oren. Siasatan mendapati tiga lelaki itu turut menyamar sebagai kontraktor penyelenggaran ketika mencuri kabel tersebut,” katanya di sini hari ini.​​​​​​​

Beliau berkata siasatan mendapati tiga lelaki berusia 38 hingga 49 tahun itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau dan dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut sejak beberapa bulan lepas.

Nik Ros Azhan berkata tiga lelaki itu kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 431 A Kanun Keseksaan.

Sementara itu, katanya polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun yang baru sahaja memecah masuk rumah jirannya dalam kejadian di Jalan Permatang Tengah, di sini malam tadi.


Katanya siasatan mendapati lelaki tersebut aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di sekitar Bukit Mertajam itu memecah masuk rumah jirannya menerusi tingkap dan belum sempat mencuri apa-apa kerana perbuatannya itu telah disedari pemilik kediaman tersebut.

“Suspek menggunakan pemotong besi besar memotong gerigi tingkap sebelum masuk dan dia terus keluar menerusi pintu belakang selepas pemilik rumah tersebut menyedari kehadirannya. Lelaki itu ditahan di rumahnya selepas jirannya membuat laporan polis dan berjaya mengecam suspek,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu kini direman selama empat hari dan siasatan mendapati dia terlibat sekurang-kurangnya lima kes berkaitan sejak bulan lepas. – BERNAMA

Kategori