Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jabatan Perhutanan Pantau Aktiviti...

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sedang memantau rapi aktiviti pengeluaran balak di...

Gojek Tidak Islamik –...

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali...

Mulut Jahat Kata Lara...

NETIZEN sekarang makin banyak yang mulut longkang! Buka akaun baru, kemudian akaun tu...

9 Maut, 761 Cedera...

TOKYO - Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 761 lagi cedera dalam gempa bumi 6.5...

Cuma 2 Aje Di Pasaran, Tanda Jualan Akhbar Tenat?

PUTRAJAYA – Lazimnya syarikat persuratkhabaran tempatan waima di seluruh dunia tidak pernah gagal menjual akhbar pada Ahad, yang dianggap sebagai paling laris berbanding enam hari lain.

Malahan, sekiranya tarikh perayaan secara kebetulan jatuh pada hari minggu tersebut sekali pun, syarikat surat khabar tetap mencetak akhbar mereka untuk dijual menemui pembaca setia masing-masing sepanjang Ahad itu.

Bagi mereka yang pernah bertugas dalam bidang persuratkhabaran, jika akhbar perlu diedarkan di pasaran pada hari perayaan utama, ia kebiasaannya dicetak lebih awal atau dikurangkan muka surat berbanding keluaran normal.

Ini juga untuk memberi peluang kepada pekerja terlibat agar dapat balik awal bertemu ahli keluarga serta mampu bersama-sama meluangkan lebih masa menyambut cuti perayaan tersebut dengan rakan-rakan atau saudara mara.

Bagaimanapun, atas pertimbangan faktor kemanusiaan selain tuntutan kesatuan sekerja, surat khabar di Malaysia lazimnya tidak dipasarkan pada hari-hari perayaan besar antaranya Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas.

Namun apa yang bakal berlaku kali ini amat luar biasa apabila buat julung kalinya dalam sejarah, syarikat akhbar dilaporkan tidak juga menjual akhbar pada Ahad iaitu sehari selepas Tahun Baharu Cina yang jatuh 28 Januari.

Berdasarkan pemerhatian MYNEWSHUB di beberapa kedai runcit, hampir kesemua akhbar memaklumkan kepada pembaca mereka di halaman depan bahawa tiada penerbitan pada 29 Januari dan menemui semula keesokannya.

akhbar

Keadaan ini bukan sahaja pelik tetapi janggal kerana syarikat persuratkhabaran tidak melepaskan peluang menjual pada Ahad yang dianggap paling tinggi edaran apabila ramai orang akan mencari akhbar mengisi masa minggu.


Setakat ini hanya Mingguan Malaysia dan KOSMO! Ahad dipasarkan pada hari tersebut sementelahan Kumpulan Utusan juga tetap menerbitkan akhbarnya seperti biasa sepanjang tahun kecuali ketika Hari Raya Puasa sahaja.

Timbul persoalan kenapa semua syarikat akhbar tersebut seperti enggan ‘berniaga’ pada Ahad yang dianggap lubuk rezeki jualan surat khabar bahkan membiarkan Kumpulan Utusan berjaya menguasai pasaran seluruh negara.

Atau adakah bos akhbar berkenaan terlalu bimbang produk mereka tidak dibeli hanya kerana persepsi negatif konon selera masyarakat kini semakin canggih dan cuma mengikuti perkembangan semasa menerusi laman atas talian.

Bukankah pembelian akhbar berkala layak menerima insentif pengecualian cukai di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai usaha pihak kerajaan untuk memperkasakan industri persuratkhabaran tempatan yang agak lesu.

Untuk rekod, Mingguan Malaysia tahun lalu kekal sebagai akhbar berbahasa Melayu yang paling laris di pasaran, manakala Kosmo! pula muncul menjadi harian bahasa Melayu popular di negara kita. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori