Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TPPA Beri Manfaat Sektor...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan memberi manfaat kepada sektor kritikal,...

Kes Saman: SKMM, Nuemera...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Nuemera (M) Sdn...

DAP Pun Ada Peranan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menempelak Pakatan Harapan (PH) dan DAP...

Mahkamah Bebaskan Zahid Dari...

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan rasuah...

Culik Ahli Perniagaan, 3 Anggota Polis Dipenjara 7 Tahun

KUALA LUMPUR – Tiga anggota polis termasuk seorang berpangkat Inspektor masing-masing dihukum penjara maksimum tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menculik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, lima tahun lalu.

Hakim Mohd Zulbahrin Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Inspektor Mohd Khairul Hafiz Yaacob, 38, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang manakala tiga anggota lain iaitu Lans Koperal Azlan Abdul Kadir, 38, dan Koperal Amran Md Sali, 42, masing-masing bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintahkan Mohd Khairul Hafiz dan Azlan menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap mereka pada 11 Okt 2015 manakala Amran bermula hari ini kerana Amran membayar wang ikat jamin sebanyak RM30,000 manakala Mohd Khairul Hafiz dan Azlan yang tidak mampu membayar jaminan itu ditahan di Penjara Sg Buloh sejak mereka ditangkap.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa melarikan dengan paksa K. Gopala Guru, 51, dengan niat mahu menyebabkan orang itu dikurung secara sulit dan salah di Jalan Maharajalela, Off Jalan Loke Yew di sini antara 7 dan 7.30 malam, 2 Feb 2013.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pencegahan terhadap kesemua tertuduh mengambil kira faktor mangsa yang diculik dan dilarikan dalam kes ini tidak dijumpai sehingga kini.

“Saya juga mohon mahkamah mengambil kira perasaan dan emosi keluarga mangsa yang kehilangan seorang bapa, suami dan anak. Perbicaraan ini juga telah mengambil masa yang panjang sejak tahun 2015,” katanya.


Peguam Mohd Farid Aziz, Ridha Abdah Subri dan Mohamad Afza Zahari yang mewakili kesemua tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan anak guam mereka telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama hampir 20 tahun.

“Mereka juga merupakan pesalah kali pertama dan masing-masing mempunyai ibu bapa yang sudah tua dan perlu dijaga,” katanya.

Mahkamah juga menolak permohonan mereka untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi. – BERNAMA

Kategori