Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MH370: Laporan Interim Dikeluarkan...

KUALA LUMPUR - Laporan interim penyiasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370...

Dilencong Kerana Nama Wifi...

ANKARA - Penerbangan sebuah pesawat komersial Turkish Airlines terpaksa dilencongkan selepas seorang penumpang...

Lakonan Syahrul Ridzwan Hambar,...

PELAKON baharu popular, Syarul Ridzwan tidak melatah apabila didakwa gagal memberikan persembahan lakonan...

“Semua Tuduhan Konspirasi, Salah...

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan yang beliau bukan diberi pengampunan daripada kesalahan yang...

Cucu Hartawan Kini Jadi Gelandangan

DIA pernah menjadi waris kepada cucu pengilang tekstil berpengaruh di Manhattan dan menjalani kehidupan dalam serba kemewahan namun kini Marianne Friedman-Foote, 63, menjadi gelandangan dan hanya mampu tidur di jalanan, bersebelahan dengan apartmen bernilai $10 juta yang pernah didiami dulu.

Marianne yang pernah mendapat pendidikan di sekolah berprestij di New York, menjadi penagih dadah akibat tetekan dengan kematian ibuunya yang membawa kepada kehilangan harta pusaka.

“Saya membesar di sebuah rumah yang besar, mempunyai pembantu rumah dan keluarga saya memiliki keseluruhan bangunan Art Deco seluas 4,000 kaki persegi.

“Namun selepas kematian ibu saya, bangunan yang bernilai $10 juta itu dijual pada harga hanya $3 juta dan wang berkenaan dibahagikan dengan adik saya Georgia,” katanya.

Datuknya meninggal dunia setahun selepas itu dan perniagaan keluarga mereka turut dijual.

Marianne yang merupakan lulusan universiti Boston, kemudiannya menjadi jururawat dan berkahwin dengan suami pertamanya.

Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Giselle namun selepas tiga tahun, Marianne dan suaminya telah berpisah. Lelaki itu kemudiannya berpindah ke Florida dan dia turut membawa Giselle bersama.

Marianne sejak itu tidak lagi bertemu dengan anaknya itu.


“Saya masih boleh nampak pakaian yang dipakai oleh Giselle pada hari dia meninggalkan saya. Saya masih boleh membayangkannya dan ia amat menyakitkan,’’ katanya yang enggan berbicara mengenai Giselle lagi.

Dia juga tidak lagi berhubung adiknya. Akibat tertekan, Mariane menjadi penagih dadah pada usia 40-an dan berkahwin kali kedua dengan suaminya, Frank.

Mariane yang kini menghidap barah paru-paru, telah dihalau keluar daripada rumah yang diduduki bersama Frank pada bulan Ogos lalu.

“Saya tidak percaya kepada bunuh diri tetapi jika saya tidak lagi mampu berjenaka, saya akan mencari pokok paling tinggi dan terjun.

“Saya perlu mencari sesuatu yang akan membolehkan saya melalui keadaan ini,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori