Cubaan Samun Gagal, Anjing Pula Jadi Mangsa

CUBAAN sekumpulan lelaki untuk menyamun rumah sebuah keluarga di Sijangkang, Telok Panglima Garang, di sini gagal selepas mereka dihalang oleh seekor anjing.

Dalam kejadian 25 Mei lalu, kumpulan yang didalangi enam suspek bermotosikal itu bersenjatakan sebilah parang dan dilapor cuba menyamun sebuah rumah penduduk di Taman Perwira.

Cubaan Samun Gagal, Anjing Pula Jadi Mangsa

Bagaimanapun, mereka dikatakan terlalu takut dengan anjing pemilik rumah berkenaan yang ditambat di depan pintu pagar.

Berang dengan keadaan itu, salah seorang suspek telah menetak belakang leher anjing terbabit sebelum melarikan diri.

Cubaan Samun Gagal, Anjing Pula Jadi Mangsa

Cubaan Samun Gagal, Anjing Pula Jadi Mangsa

Laman Facebook My Kuala Langat mendedahkan kumpulan terbabit melarikan diri melalui Taman Sijangkang Jaya dan sanggup mengadai nyawa sendiri dengan menunggang motosikal melawan arus di jalan utama ke Klang.

Difahamkan, kumpulan terbabit kemudian meneruskan kegiatan jenayah mereka di Shah Alam.

Cubaan Samun Gagal, Anjing Pula Jadi Mangsa

Cubaan Samun Gagal, Anjing Pula Jadi Mangsa

Cubaan Samun Gagal, Anjing Pula Jadi Mangsa

Di ruangan komen, netizen mengesyaki kumpulan yang sama telah melakukan jenayah di Taman Keramat, Saujana Sungai Buloh, Paya Jaras sehingga ke Kepong.

“Perempuan kena samun semasa keluar dari rumah menuju ke keretanya dalam kejadian jam 11.45 malam, 25 Mei. Beg tangan, handphone, laptop, barang kemas, duit semua disamun,” kata Ayiee Azzree.

Sementara itu, seorang lagi netizen turut mengingatkan kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mencurigai dengan aktiviti kumpulan remaja di kediaman masing-masing.

“Sesiapa jiran, yang nampak jiran terdiri dari anak muda, menyewa rumah teres, walaupun ada porch, tapi 6-7 orang simpan motosikal dalam rumah, pakai no plat kecil, jarang nampak muka, kalau keluar beramai pakai visor, boleh la buat report, usaha sikit,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Loading...