Cuba Seludup 4 Anak Kucing Dalam Seluar

ANEH… Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menemui empat ekor kucing hidup disembunyikan di dalam seluar yang dipakai oleh seorang lelaki rakyat negara itu sendiri.

Suspek berusia 45 tahun itu berada di dalam sebuah kereta plat Singapura ketika melalui Pusat Pemeriksaan Tuas apabila pegawai terdengar bunyi ‘meow’ daripada seluarnya, menurut ICA dalam satu catatan Facebook hari ini.

“Musykil dengan situasi pelik tersbeut, para pegawai ICA kemudian segera menjalankan pemeriksaan lebih lanjut setelah terdengar bunyi ‘meow’ daripada seluarnya,” menurut kenyataan agensi pemerintah republik berkenaan lagi.

Kes itu kemudian dirujuk kepada Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) dan dalam catatan Facebook yang berasingan, AVA menyatakan bahawa kucing itu berada di bawah jagaannya dan siasatan sedang giat dijalankan.

“Status kesihatan haiwan yang diseludup dari Johor, Malaysia itu bagaimanapun tidak diketahui dan ia mungkin boleh bawa penyakit eksotik seperti anjing gila atau jangkitan rabies ke Singapura,” menurut kenyataan AVA lagi.

Agensi itu turut menarik perhatian bahawa kegiatan seludup sebarang haiwan atau burung hidup ke negara ini tanpa lesen diharamkan, dan pesalah terbabit boleh dikenakan denda maksimum S$10,000 (kira-kira RM30,333).

Tertuduh malahan sekiranya disabitkan kesalahan berkenaan di mahkamah negara tersebut juga boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga satu tahun jika terselamat daripada didenda atau pun dikenakan kedua-duanya sekali.

ICA menambah cara sorok haiwan itu juga “jadi keprihatinan kerana cara-cara yang serupa mungkin digunakan oleh individu yang berniat jaht mahu cuba seludup senjata-senjata berbahaya ke Singapura”. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...