Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemain Import T’ganu Kagum...

KUALA LUMPUR - Pemain import Terengganu, Issey Nakajima berkata, beliau berasa kagum dengan...

P.Pinang Cadang Bina ‘Airport’...

GEORGE TOWN - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini diberitahu...

DAP Minta PH Bincang...

PUTRAJAYA - Penyertaan tujuh bekas Ahli Parlimen UMNO dalam Bersatu akan dibahaskan dalam...

5 Sekolah Dapat Pengiktirafan...

ALOR SETAR - Lima sekolah di negara ini mendapat pengiktirafan sebagai 'International Baccalaureate...

Cuaca Sejuk Selubungi Kem Negara

HANOI – Bahang saingan cukup dirasai oleh skuad Harimau Malaya ketika sampai di bandar raya ini, malah bukan sahaja bakal berdepan cabaran hebat daripada Vietnam pada aksi kedua final Piala AFF Suzuki 2018, Sabtu ini, tetapi juga dengan keadaan cuaca sejuk.

Bandaraya Hanoi kini dilanda cuaca sejuk sehingga mencecah 13 darjah Celsius pada sebelah malam.

Duji beraksi di bawah cuaca sejuk di Stadium MyDinh di sini pada jam 7.30 malam (waktu tempatan), skuad bimbingan Tan Cheng Hoe yakin cuaca bukan alasan untuk gagal membawa pulang piala tersebut.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi pertama final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Malaysia muncul juara buat kali pertama pada 2010 apabila mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2.

Bagi pemain pertahanan kental negara, Shahrul Mohd Saad, beliau menyifatkan walau apa pun keadaan cuaca di sini, yang menjadi keutamaannya ialah mencatat kemenangan ke atas skuad Naga Emas itu.

“Cuaca ketika ini memang sejuk, tetapi itu bukan alasan untuk pasukan kebangsaan tidak mempamerkan aksi berkualiti pada perlawanan nanti.

“Saya rasa rakan sepasukan boleh cepat membiasakan diri dan kami pernah bermain dalam keadaan cuaca yang lebih sejuk dari ini,” katanya kepada Bernama pada sesi latihan pertama skuad negara setibanya di Hanoi, malam ini.


Dalam pada itu, Shahrul melaungkan keyakinan barisan pertahanan negara akan lebih ampuh untuk mengekang asakan pasukan tuan rumah dengan kembalinya dua tonggak yang sebelum ini tidak dapat turunkan pada aksi final pertama.

“Ia satu perkembangan yang positif apabila menyaksikan pertahanan tengah, Aidil Zafuan Abd Radzak dan pertahanan kiri, Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak kembali pulih daripada kecederaan hamstring dan akan kembali membarisi skuad negara,” katanya.

Ia sekali gus menjadi suntikan semangat buat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Vietnam dan meneruskan misi membawa pulang trofi kejuaraan dwitahunan itu ke Kuala Lumpur.

Ketiadaan Aidil sebelum ini yang ditampung pemain pertahanan muda negara, Muhammad Irfan Zakaria manakala posisi Syazwan pula diganti Nazirul Naim Che Hashim menyaksikan barisan pertahanan sedikit goyah ketika Vietnam melancarkan serangan balas ke kubu negara. – BERNAMA

Kategori