Cuaca Buruk Jejas Operasi Kesan 2 Mangsa Gunung Berapi NZ

WELLINGTON – Helikopter polis yang digerakkan mencari dua lagi mayat yang masih hilang selepas berlaku letusan gunung berapi di Pulau Putih terpaksa berpatah balik disebabkan cuaca buruk.

Jumlah rasmi kematian akibat letusan gunung berapi di pulau yang turut dikali sebagai Whakaari itu mencecah 16 orang.

Enam daripada lapan mayat sudah dibawa keluar dari pulau berkenaan pada hari Jumaat.

Dua mangsa itu sudah pun diisytihar mati. Mereka iala Winona Langford, 17, seorang warga Australia dan Hayden Marshall-Inman, 40, pemandu pelancong New Zealand.

Mayat kedua-duanya dipercayai di dalam perairan Pulau Putih.

“Saya tahu usaha sedang dibuat…tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan. Mereka bekerja dalam keadaan persekitaran yang sangat berbahaya,” kata Menteri Luar Australia, Marise Payne.

Seramai 16 orang yang meninggal dunia terdiri daripada 16 warga Australia, tiga penduduk tetap Australia dan seorang New Zealand.

Seorang lagi mangsa meninggal dunia selepas dipindahkan ke hospital Australia.

Kejadian itu meningkatkan kritikan mengapa mangsa-mangsa dibenarkan berada di pulau berkenaan kerana amaran letusan gunung berapi sudah dikeluarkan. – Agensi

Loading...