Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rogol Adik Ipar, Paksa...

SUAMI kepada seorang remaja perempuan Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 14 tahun ini...

Terpaksa Bawa Grab Selepas...

SELEPAS setahun syarikat produksi miliknya tidak dapat sebarang tawaran untuk menerbitkan drama atau...

115 Kes Baharu Covid-19

KUALA LUMPUR - Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara mencatatkan 115 kes baharu hari...

Huru-Hara Dijangka Wujud Di...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan wujud kumpulan...

CSM Penuhi Impian Kanak-Kanak Hidap Kanser Limfoma

ALOR SETAR – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Cancers Survivors Malaysia (CSM) hari ini menghadiahkan telefon pintar kepada seorang kanak-kanak pesakit kanser limfoma bagi memenuhi impiannya yang inginkan gajet itu untuk memudahkannya belajar secara dalam talian.

Pengasas CSM, Zuraini Kamal berkata hadiah itu adalah hasil sumbangan orang ramai yang mahukan Nurin Amera Aleya Mohd Khairi, 11, terus bersemangat belajar walaupun sering ponteng sekolah kerana perlu menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Pulau Pinang (HPP) setiap bulan.

“Kami dapat duit melalui tabung yang dilancarkan sebelum ini dan terus beli telefon ini untuk dia, terima kasih kepada penderma yang prihatin.

“CSM berharap selepas ini adik Nurin Amera Aleya dapat ulang kaji menerusi portal Zoom ‘A’ atau melalui soalan-soalan yang disampaikan menerusi WhatsApp dengan gurunya,” katanya kepada pemberita di rumah kanak-kanak itu di Simpang Makam Diraja Langgar, di sini.

Sementara itu, Nurin Amera Aleya yang menghidap kanser tahap tiga berkata, dia bersyukur kerana impiannya untuk mempunyai telefon bimbit tercapai dalam waktu yang singkat.


Orang ramai yang ingin membantu keluarga kanak-kanak ini boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam bapanya, Mohd Khairi Mohamad bernombor 02105020208037 atau menghubungi beliau di talian 018-9427134. – BERNAMA

Kategori