Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Masih Teliti Ambil...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih meneliti cadangan yang diterima untuk pengambilalihan pegangan Khazanah...

Tampil Segak Demi Peminat,...

PENAMPILAN salah seorang anggota kumpulan Forteen iaitu One dilihat banyak berubah berbanding mula-mula...

DAP Kaji Islam Indonesia:...

SECARA sinis, DAP membangkitkan isu lawatan ke Indonesia sebagai inisiatif parti itu untuk...

Sudah Jumpa Keluarga Nelydia,...

PENGACARA dan pelakon Qi Razali telah pun mendedahkan isi hatinya baru-baru ini ingin memperisterikan...

COVID-19: Vaksin Virus Tak Aktif Antara Yang Terbaik

KUALA LUMPUR – Penggunaan virus tidak aktif dalam vaksin COVID-19 dilihat lebih meyakinkan dan selamat dalam usaha memerangi pandemik terburuk yang pernah direkodkan sejarah dunia.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata penggunaan vaksin virus tidak aktif ini telah terbukti teknologinya sejak 40 tahun lepas.

“Vaksin virus tidak aktif dibangunkan menggunakan virus aktif yang lemah untuk merangsang tubuh badan menghasilkan tindak balas imun yang lebih baik.

“Jika kita melihat penyakit seperti polio, influenza dan rabies…. kesemua wabak ini dikawal penularannya menggunakan vaksin virus tidak aktif. Jadi saya yakin vaksin ini sesuai digunakan secara meluas dalam memastikan rantaian COVID-19 berjaya diputuskan,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Rabu lepas, Malaysia telah memulakan kajian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19 menggunakan platform vaksin virus tidak aktif atau antigen SARS-CoV-2 di sembilan hospital dengan melibatkan 3,000 sukarelawan.

Kajian klinikal itu ditaja Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China (IMBCAMS) dengan objektif untuk menilai keselamatan dan keberkesanan vaksin terhadap jangkitan COVID-19.

Dengan merujuk kepada CoronaVac, yakni vaksin virus tidak aktif keluaran syarikat farmaseutikal China, Sinovac Lifesciences Co Ltd sebagai contoh, Dr Zainal Ariffin berkata vaksin berkenaan lebih mudah untuk diedarkan ke seluruh negara termasuk kawasan pendalaman kerana kaedah penyimpanan yang minimum.


“Suhu yang diperlukan untuk vaksin ini adalah antara 2-8 darjah Celsius, iaitu suhu peralatan penyimpanan yang biasa terdapat di hospital dan klinik kerajaan. Ini secara tidak langsung akan memudah dan mempercepat proses pengedaran vaksin ke seluruh negara,” katanya.

Selasa lepas, Pharmaniaga Bhd telah memeterai satu perjanjian dengan Kementerian Kesihatan bagi membekalkan 12 juta dos vaksin CoronaVac selepas bekalan pertama tiba pada bulan hadapan.

Vaksin itu akan tersedia kepada rakyat Malaysia pada akhir bulan Mac atau awal April.

CoronaVac telah didaftarkan dan diluluskan untuk kegunaan semasa kecemasan di China, Chile, Brazil, Indonesia dan Turki.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Indonesia, Joko Widodo juga telah mengambil vaksin itu. – BERNAMA

Kategori