Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Negara Ucap Selamat Tinggal...

SIBU - Selepas 56 tahun, rakyat Malaysia akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada sistem...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di...

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan...

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa...

Axiata Kembali Rancang IPO...

KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd mengkaji semula untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO)...

Covid-19: Umat Islam, Waris Digalak Solat Jenazah Ghaib

JOHOR BAHRU – Seluruh umat Islam di negara ini dan waris pesakit koronavirus (Covid-19) digalakkan menunaikan solat jenazah ghaib bagi pesakit yang meninggal dunia akibat pandemik itu.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut berkata, ia boleh dilakukan di rumah masing-masing sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19 yang sedang dikuatkuasakan sehingga 14 April ini.

“Tiap-tiap yang hidup pasti menemui kematian, maka berlaku ujian kita iaitu kematian akibat Covid-19. Jadi, saya mencadangkan selepas kita semua mengetahui ada kematian (akibat Covid-19) dan telah pasti dikebumikan mayat itu, maka semua umat Islam digalakkan menunaikan sembahyang jenazah ghaib di rumah masing-masing untuk si mati disebabkan Covid-19 ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noh berkata, walaupun ahli keluarga berdukacita atas kematian itu, namun ia mempunyai hikmah yang tersurat dan tersirat di mana ramai umat Islam akan mengadakan solat jenazah ghaib untuk si mati.

“Bayangkan kalau kematian biasa, biasanya yang hadir (melakukan solat jenzah) hanya paling tinggi 200 orang dan jarang sekali sembahyang ghaib, tetapi apabila berlaku kematian disebabkan Covid-19, apa kata umat Islam di Malaysia bersembahyang jenazah untuk si mati ini… pahalanya berganda-ganda,” katanya.

Beliau turut menasihati waris mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 supaya bersabar dan tidak berpanjangan dalam bersedih kerana kehidupan mesti diteruskan.

Kategori