Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Tahniah Chong...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Seleweng Dana: Bekas TSU...

PUTRAJAYA - Tempoh reman terhadap seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian yang...

Nabil Tunai Janji ‘Payung’...

NIAT murni pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad untuk menghantar tiga peminat mengerjakan...

BR1M: Kerajaan Bertoleransi Luluskan...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 705,562 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 yang gagal...

Covid-19: Satu Peringatan Agar Manusia Jangan Bongkak!

BERAKHIR sudah tahun 2020, satu tahun yang perjalanannya umpama terpadam dalam kamus hidup sebahagian besar kita.

Satu tahun yang akan dikenang seiring dengan topik Covid-19 untuk bertahun-tahun akan datang. Tidak banyak yang indah dalam tahun 2020 dan ramai pastinya berharap 2021 adalah sebaliknya.

Kita terus berdoa agar semuanya kembali normal.

Rindu sungguh mahu melancong. Rindu sungguh mahu bergerak tanpa rasa resah.

Apakah 2021 akan membawa khabar gembira? Vaksin Covid-19 yang sudah mula memasuki pasaran akan menjadi penentu sebenarnya.

Andai ia berkesan, maka pandemik itu akan dapat dikawal.

Andai ia gagal, maka 2021 mungkin menjadi lebih malang dan lebih buruk!

Simpang malaikat 44 agar itu tidak berlaku.

Sudah cukup la bebanan Covid-19 ke atas umat manusia.

Harus kita jadikan pengajaran betapa kerdilnya manusia itu sebenarnya.


Hanya satu virus yang lebih menyerupai selsema mampu mengugat sepenuhnya ketamadunan manusia.

Tidak la gagah sangat kita ni kan? Virus sahaja sudah cukup mengoncang keegoan dan rasa hebat kita.

Buat la baik dengan alam. Kongsi la dunia ini dengan hidupan lain. Manusia bukan pemilik mutlak alam ini.

Ia juga milik haiwan di laut, darat dan udara. Berlajar berkongsi dengan mereka. Bukannya memburu dan membawa mereka kepada kepupusan.

Hutan yang tinggal saki baki di atas muka bumi ini, kita pertahankan la.

Andai manusia terus bongkak, terus sombong, muka serangan seterusnya dari alam akan terus menghancurkan umat manusia.

Covid-19 mungkin peringatan agar kita jangan bongkak… masa untuk kita merendah diri serta bersyukur kepada tuhan. Dan belajar menghormati alam. – Mynewshub.TV

Kategori