Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penjual Ikan Cedera Ditetak...

GEORGE TOWN - Seorang penjual ikan cedera selepas ditetak dua lelaki tidak dikenali...

Kuih Akok Popular, Tetapi...

BESUT – Akok merupakan kuih tradisional yang popular dalam kalangan penduduk Pantai Timur...

RUU Bantuan Guaman (Pindaan)...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 yang antara lain bagi memastikan kanak-kanak mangsa keganasan seksual mendapat khidmat nasihat guaman dibentang untuk...

Jurukimpal Mengaku Tak Bersalah...

ALOR SETAR - Seorang jurukimpal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini...

Pusat Sains Negara, Planetarium Negara Ditutup Sementara

PUTRAJAYA – Pusat Sains Negara (PSN) dan Planetarium Negara (PN) ditutup sementara sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak dalam usaha membendung jangkitan COVID-19. 

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Menterinya Khairy Jamaluddin turut mengarahkan PSN dan PN agar tidak menerima kunjungan orang ramai bermula awal pagi ini.

“Semua warga Mosti termasuk PSN dan PN diingatkan agar mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) pengawalan penularan jangkitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Mosti mengambil berat berhubung penularan COVID-19 dan akan bekerjasama rapat dengan KKM dalam mendepani gejala itu. 

Kementerian turut menasihati orang ramai agar mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baik pada setiap masa dan meminta mereka menghubungi pejabat kesihatan daerah berhampiran atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan jika mengalami gejala jangkitan.

Kategori