Covid-19 Menular Ke Kuwait, Algeria

ALGIERS – Algeria mengesahkan kes pertama koronavirus baharu (Covid-19).

Kementerian Kesihatan negara itu berkata, ia membabitkan lelaki Itali yang tiba di negara itu, pada 17 Februari lalu.

Ketika ini, lelaki itu sudah dimasukkan ke wad pengasingan.

Dalam pada itu, Kuwait mengesahkan dua kes baharu Covid-19 di negara berkenaan.

Ia membabitkan individu yang baru pulang dari Iran.

Setakat ini, 11 orang dijangkiti Covid-19 di negara berkenaan. – Agensi

Loading...