COVID-19: Majlis Aidilfitri Istana, Kabinet Dibatalkan

KUALA LUMPUR – Lima acara majlis rasmi kerajaan untuk tahun ini dibatalkan berikutan wabak COVID-19.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, berkata majlis rasmi yang dibatalkan adalah sambutan Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Istana Negara pada 1 Syawal, tertakluk kepada pengisytiharan tarikh hari raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Katanya, turut dibatalkan ialah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri pada tarikh sama.

“Majlis sambutan Hari Pahlawan pada 12 hingga 14 Ogos; Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan pada 19 dan 20 Ogos dan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan pada 29 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, sebarang pindaan terhadap penganjuran acara dan majlis rasmi kerajaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Loading...