Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Restoran Bogel Pertama Di...

LONDON - Sebuah restoran yang membolehkan semua pelanggannya menjamu hidangan dalam keadaan tanpa...

Dugaan Abang Bomba Berbuka...

KETIKA umat Islam lain sedang enak menjamu juadah berbuka puasa di pelbagai lokasi...

4 Maut Toyota Avanza...

JOHOR BAHRU - Empat maut manakala dua cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah...

Anggota Kabinet Boleh Digugurkan...

KUALA LUMPUR — Anggota Kabinet yang tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan boleh...

Covid-19: Kluster Utama Sudah Jangkiti 3 Generasi

KUALA LUMPUR – Penularan wabak Covid-19 daripada Kluster Utama di Petaling kini sudah membabitkan tiga generasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu membabitkan pekerja sebuah pusat beli-belah dan menjangkiti ahli keluarga mereka.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat satu kes baharu daripada kluster itu hari ini manakala dua kes dilaporkan semalam.

“Setakat ini, 251 individu positif membabitkan 211 individu sembuh manakala 40 individu masih dirawat di hospital serta pusat kuarantin dan rawatan risiko rendah.

“Seramai 1,709 individu disaring sehingga kini dan kita lihat masih ada jangkitan kes iaitu bukan di pusat beli-belah berkenaan, tapi mungkin di rumah membabitkan generasi ketiga dan keempat,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.


Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kluster berkenaan membabitkan beberapa daerah iaitu Gombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras dan Alor Gajah di Melaka.

Beliau berkata, kes di Alor Gajah itu dikesan berikutan terdapat pekerja yang pulang ke kampung.

Sehubungan itu, beliau menasihati individu dikesan sebagai kontak dan diberi arahan kuarantin di rumah (HSO) supaya tidak merentas sempadan, negeri atau daerah lain. – myMetro Online

Kategori