Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara...

Kecewa Cinta, Budak 12...

SEORANG budak perempuan berusia 12 tahun ditemui mati bunuh diri di kediamannya di...

PKPD Simpang Renggam Tamat...

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu...

Selebriti Yang Kelihatan Lebih...

BAGI golongan hipsters, membela jambang merupakan antara trend terbaharu yang perlu diikuti untuk...

Covid-19: Kluster Sungai Babitkan Anggota Kesihatan Dikesan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa satu kluster baharu iaitu Kluster Sungai dikenal pasti di sebuah pusat perubatan di Kedah. 

Kes indeks iaitu kes ke-9,455) ini membabitkan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan.

Beliau bergejala sejak 30 Ogos tetapi tidak mendapatkan rawatan. 

Ujian saringan Covid-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif.

Kes kedua kluster ini iaitu kes ke-9,456 adalah anggota kesihatan di pusat perubatan di Kedah.

Beliau juga kontak rapat kepada kes indeks. 

Beliau bergejala sejak 5 September dan mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang sama. Ujian saringan Covid-19 dijalankan pada 5 September dan didapati positif. 


Kedua-dua kes dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan diberi rawatan.

Susulan itu, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat dijalankan. 

Sehingga 7 September 2020, seramai 57 orang disaring. 

Daripada jumlah itu, dua kes dikesan positif Covid-19 dan 55 individu masih menunggu keputusan. – myMetro Online

Kategori