Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Venue SUKMA Perak Siap...

PARIT BUNTAR - Semua venue untuk Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak...

SPRM Sahkan Najib Tak...

KUALA LUMPUR - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati dana sebanyak RM2.6...

Bank Rakyat Serah Zakat...

KUALA PILAH - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku...

K’jaan Sudah Laksanakan Jaminan...

CYBERJAYA - Janji pakatan pembangkang dalam manifesto yang dilancarkan semalam untuk menjamin keperluan...

COVID-19: KKM Tak Saran Guna Kit Ujian Pantas

PUTRAJAYA – Penggunaan teknik Rapit Test Kit (RTK) atau kit ujian pantas tidak disarankan untuk tujuan diagnosa COVID-19, sebaliknya keputusan ujian tepat melalui teknik Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR), yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah penting dalam pengurusan pesakit COVID-19 yang berkesan.

Ini berikutan, teknik ujian rRT-PCR mampu mengesan virus yang masih berada dalam badan pesakit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata melalui teknik kit ujian pantas yang kini terdapat di pasaran pula, ia bertujuan mengesan antibodi yang terhasil di dalam badan akibat jangkitan yang dialami.

Beliau berkata, antibodi muncul di dalam badan antara lima hingga lapan hari selepas jangkitan.

Katanya, teknik rRT-PCR digunakan untuk ujian makmal yang dijalankan di makmal fasiliti kesihatan kerajaan bagi mengesan jangkitan COVID-19.

“Ujian rRT-PCR yang dijalankan akan mengesan kehadiran virus COVID-19 yang terdapat di dalam badan pesakit. Justeru, ujian rRT-PCR COVID-19 yang positif bermaksud individu itu telah dijangkiti oleh virus COVID-19.


“Ujian RTK yang mengesan antibodi, tidak dapat mengesan virus dan membuat pengesahan pantas jangkitan.

“Ini menyebabkan ia tidak dapat membantu dalam pengesanan awal kes COVID-19,” katanya pada sidang media harian di KKM, di sini, hari ini.

Justeru, Dr. Noor Hisham berkata, KKM menggesa orang ramai untuk tidak menjalani ujian RTK dengan sewenang- wenangnya tanpa mendapat khidmat nasihat daripada pengamal perubatan, kerana ia berpotensi untuk menimbulkan salah tafsir dan keresahan terhadap keputusan ujian yang diperolehi. – BH Online

Kategori