Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fidofilia Sasar Budak Miskin...

LONDON - Seorang lelaki dipenjara 18 tahun kerana merogol dan melakukan penderaan seksual...

Calon SPM Ditahan Di...

BESUT – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa menyelesaikan peperiksaan SPM di...

RUU Antilompat Parti Lulus,...

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini mencatat sejarah apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan...

Lelaki Dipenjara 45 Tahun...

IPOH - Belum tamat menjalani hukuman penjara, seorang banduan hari ini menerima nasib...

COVID-19: Kira-Kira 300 Juta Pelajar Seluruh Dunia Tak Ke Sekolah

PARIS – Penulan wabak COVID-19 memaksa hampir 300 juta murid dan pelajar di seluruh dunia tidak dapat ke sekolah, kata Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Khamis.

Memandangkan sebanyak 13 negara menutup semua sekolah yang memberi kesan kepada kira-kira 300 juta murid serta pelajar, UNESCO  mengesyorkan program pendidikan jarak jauh diperkenalkan dalam usaha untuk tidak menganggu pembelajaran, lapor agensi berita Xinhua.

Sembilan lagi negara menutup beberapa buah sekolah dan jika negara ini memutuskan untuk menutup semua sekolah, tambahan sebanyak 180 juta murid dan pelajar tidak dapat ke sekolah.

“Jika situasi ini berterusan ia boleh menggugat hak untuk mendapatkan pendidikan,” kata Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay.

“Kami sedang bekerjasama dengan beberapa negara untuk memastikan kesinambungan pembelajaran untuk semua, terutamanya murid dan pelajar yang kurang bernasib baik,” katanya.


UNESCO bersedia untuk memberi bantuan dan sokongan kepada negara yang terjejas termasuk penyediaan program pendidikan jarak jauh.

Sehubungan itu, UNESCO akan mengadakan satu mesyuarat tergempar dengan menteri-menteri pendidikan pada 10 Mac.

Kategori