Covid-19: Disinfeksi Rumah Sendiri Ikut Panduan KKM

PUTRAJAYA – Ahli keluarga pesakit koronavirus (Covid-19) perlu melakukan disinfeksi rumah masing-masing mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, panduan tersebut boleh didapati di laman sesawang KKM.

“Tuan rumah perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 sini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurutnya, proses nyah cemar hanya akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di tempat awam.

“Di rumah, tuan rumah perlu lakukannya sendiri,” katanya. – Sinar Harian